99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan

(CRI)Selasa 25 April 2023

China menggesa supaya Britain mengambil sikap rasional dan berhati-hati dalam isu Taiwan.

Gesaan itu disuarakan jurucakap Kementerian Luar Mao Ning sebagai membalas dakwaan Setiausaha Luar Negeri Britain, James Cleverly bahawa isu Taiwan bukan urusan dalaman China dan penyelesaiannya secara damai selaras dengan 'kepentingan semua orang'.

"Pegawai Britain itu sepatutnya mempelajari semula sejarah. Hanya terdapat satu negara China di dunia, dan Taiwan sebahagian yang tidak boleh dipisahkan dari wilayah China," kata Mao dalam sesi taklimat pada Isnin.

Beliau menekankan, kepulangan Taiwan ke pangkuan tanah air merupakan komponen penting dalam order antarabangsa pasca Perang Dunia II, yang sudah pun termaktub dalam Deklarasi Kaherah dan Perisytiharan Potsdam.

"Prinsip satu China merupakan konsensus komuniti global dan norma asas perhubungan antarabangsa yang telah dimuktamadkan dalam resolusi 2758 Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA)," tegas Mao lagi.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan