99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Setiausaha Negara AS Bercakap Karut Mengenai Isu Taiwan

(CRI)Rabu 01 Mac 2023

China menggesa pihak Amerika Syarikat (AS) menghentikan peranannya sebagai 'tukang karut' dan sebarang cubaan yang berniat mengelirukan khalayak ramai dalam isu Taiwan. Jika terus bertindak degil macam itu, AS pasti akan mencetuskan akibat yang serius dan tidak boleh mengelakkan diri dari memikul tanggungjawabnya.

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning menekankan sedemikian dalam sidang media semalam sebagai maklum balas kepada ucapan Setiausaha Negara AS, Antony Blinken berhubung isu Taiwan baru-baru ini.

Blinken dilaporkan pernah menyatakan baru-baru ini bahawa krisis Selat Taiwan merupakan isu yang diperhatikan sedunia. Kalau Taiwan menghadapi krisis ekoran “pencerobohan China”, pelbagai negara dan ekonomi dunia akan menderita akibat yang bersifat malapetaka.

Menyentuh tentang hal itu, Mao Ning menyatakan bahawa China sudah melontarkan bantahan yang tajam terhadap ucapan yang sama sekali tidak bertanggungjawab dan tidak masuk akal itu.

“AS pernah membuat janji politik yang tertulis mengenai isu Taiwan. Tetapi pada suatu masa yang lalu, pihaknya sengaja mengeluarkan isyarat salah mengenai isu Taiwan berdasarkan fakta sejarah yang diputarbelitkannya, melonggarkan banyak peraturan tentang pertukaran lawatan rasmi antara AS dengan Taiwan, memperhebat perhubungan ketenteraan dan mengheboh-heboh apa yang disebut “Ukraine hari ini cermin Taiwan esok”. Bahkan terdapat laporan media yang mendedahkan bahawa kerajaan AS sudah menggubal rancangan untuk menghancurkan Taiwan. Apa udangnya di sebalik batu AS?” Kata Mao Ning.

Beliau menekankan juga bahawa isu Taiwan adalah urusan dalaman China, dan juga kepentingan teras China yang paling diutamakan. Ia bukan sahaja merupakan dasar politik hubungan China-AS, tetapi juga garis merah yang tidak boleh dilampaui. China berteguh menolak sebarang kuasa luar mencampuri urusan dalamannya. 

Gaya Hidup

Berita Berkaitan