99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

AS Dituntut Henti Jual Senjata kepada Taiwan

(CRI)Jumaat 28 Oktober 2022

Penyelesaian isu Taiwan merupakan urusan rakyat China sendiri dan patut dilakukan oleh rakyat negara ini. China menuntut Amerika Syarikat (AS) berhenti bermain api dalam isu Taiwan, berhenti menjual senjata kepada Taiwan dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taiwan supaya jangan berulang kali membuat kesalahan dalam isu tersebut.

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Kolonel Tan Kefei berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang taklimat pada Khamis.

Menurutnya, AS baru-baru ini mengeluarkan beberapa dasar dan undang-undang melibatkan Taiwan yang mencabuli kedaulatan China, bertujuan untuk 'mengekang China dengan isu Taiwan'. Langkah-langkah tersebut campur tangan dalam urusan dalaman China, membelakangi prinsip satu China, tiga pengumuman bersama China-AS serta komitemen politik AS dalam isu Taiwan.

Semasa menyentuh tentang penjualan senjata AS kepada Taiwan, Kolonel Tan mengulas bahawa keselamatan Taiwan bergantung kepada pembangunan damai hubungan kedua-dua pihak Tanah Besar dan Taiwan. Penjualan senjata kepada Taiwan akan meruncing situasi dan meningkatkan risiko konflik.

China menuntut AS berhenti menjual senjata kepada Taiwan, dan memutuskan hubungan ketenteraan dengan Taiwan. Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) memberikan perhatian yang tinggi tentang situasi di kawasan Selat Taiwan dan komited mengambil tindakan tegas untuk membela kedaulatan dan keselamatan negara.

Gaya Hidup