99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Isu Taiwan, Urusan Domestik China

(CRI)Jumaat 24 Mac 2023

Taiwan adalah dimiliki China, penyelesaian masalah Taiwan sewajarnya ditangani China dengan sendiri dan rakyat Chinalah yang berhak membuat keputusan berkenaan.

Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika mengulas ucapan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS), Antony Blinken tentang China bakal berkemampuan menyerang Taiwan menjelang tahun 2027.

Wang menyatakan bahawa China bersikap ikhlas penuh berusaha dengan sedapat mungkin untuk mewujudkan penyatuan tanah air secara damai, tetapi sama sekali tidak berjanji tidak menggunakan kekerasan. Kami tetap menyimpan pilihan untuk mengambil segala tindakan yang diperlukan. Pendirian ini adalah untuk menyasarkan campur tangan dari kuasa luaran dan kegiatan pembelot "kemerdekaan Taiwan".

Wang menyatakan bahawa terwujudnya ketegangan dalam situasi Selat Taiwan sekarang ini berpunca dari plot pihak berkuasa Taiwan dari Parti Progresif Demokratik (DPP) yang bersekongkol dengan AS untuk "kemerdekaan Taiwan" dan gimik sesetengah politikus AS mahu mengekang pembangunan China melalui masalah Taiwan. China menggesa pihak AS mentaati prinsip Satu China dan peraturan yang terkandung dalam tiga Pengumuman Bersama China-AS, menunaikan janji pemimpinnya tentang tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', menghentikan campur tangan terhadap urusan Taiwan dan tidak lagi menambah unsur baharu yang boleh meruncingkan ketegangan situasi di Selat Taiwan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan