99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dua Firma AS Dimasukkan Senarai Entiti Tidak Dipercayai

(CRI)Isnin 20 Februari 2023

Kementerian Perdagangan China memutuskan untuk memasukkan Lockheed Martin Corporation dan Raytheon Missiles & Defense yang terlibat dalam kegiatan penjualan senjata ke Taiwan, ke dalam senarai entiti yang tidak dipercayai, dan mengambil langkah-langkah sewajarnya.

Kedua-dua firma tersebut dilarang terlibat dalam aktiviti import dan eksport yang berkaitan dengan China, dan dilarang membuat pelaburan baharu di China.

Di samping itu, pegawai kanan dari kedua-dua firma tersebut dilarang memasuki wilayah China, manakala pihak berkuasa China tidak akan meluluskan dan menarik balik permit kerja, tinggal dan kelayakan tinggal mereka.

Sementara itu, kedua-dua firm aitu akan dikenakan denda, dan jumlahnya adalah dua kali ganda daripada nilai kontrak jualan senjata setiap perusahaan kepada Taiwan sejak penguatkuasaan Peraturan Mengenai Senarai Entiti Tidak Dipercayai.

Perusahaan tersebut diminta membuat pembayaran mengikut undang-undang dan peraturan yang berkaitan dalam tempoh 15 hari dari tarikh penerbitan pengumuman ini.  

Gaya Hidup

Berita Berkaitan