99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Syarikat China Akan Bina Kilang Bateri secara Usaha Sama di Sepanyol

(CRI)Khamis 12 Disember 2024

Sebuah syarikat teknologi tenaga alternatif China, CATL dan sebuah konglomerat automotif yang beribu pejabat di Belanda, Stellantis, mengumumkan pada 10 Disember akan bersama-sama membina sebuah kilang bateri super di wilayah Zaragoza di timur laut Sepanyol, yang dijangka membabitkan pelaburan sebanyak 4.1 bilion euro (RM19.1 bilion).

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan CATL, projek ini akan dilaksanakan secara usaha sama dengan kedua-dua pihak masing-masing menanam pelaburan separuh. Kilang baharu itu akan mengeluarkan bateri litium besi fosfat untuk kegunaan kenderaan elektrik bateri (BEV) di bawah wawasan peneutralan karbon, dan dijangka mula beroperasi menjelang penghujung tahun 2026.

Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez melalui ciapan dalam akaun media sosialnya pada hari yang sama menyatakan "sangat teruja" tentang termeterainya projek tersebut.

Video

Berita Berkaitan