99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Bantah Keputusan Muktamad EU tentang Anti-subsidi BEV

(CRI)Sabtu 05 Oktober 2024

China menentang keras keputusan muktamad Kesatuan Eropah (EU) untuk mengenakan tarif tambahan anti-subsidi ke atas kenderaan elektrik bateri (BEV) yang diimport dari China, dan juga menghargai pendiriannya meluahkan keinginan dari segi politik untuk menyelesaikan pertikaian itu melalui rungdingan. Kumpulan kerja teknikal kedua-dua pihak akan meneruskan rundingan pada Isnin depan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Perdagangan China sebagai respons terhadap keputusan muktamad EU itu yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Eropah dan diluluskan dalam pengundian pada Jumaat lalu.

Jurucakap tersebut menyatakan, sektor korporat BEV China sudah menjadi penyumbang utama dalam usaha menangani isu perubahan iklim sejagat, dan pembekal utama dalam menyediakan produk hijau yang bermutu tinggi dalam senario global, melalui persaingan dan inovasi yang berorientasikan pasaran.

Amalan perlindungan perdagangan Eropah ini dilihat sebagai pelanggaran terhadap peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) dan menjadikan orde perdagangan antarabangsa yang normal terjejas. Ia bukan sahaja merupakan penghalang bagi kerjasama dan pelaburan antara China dengan EU, tetapi juga menjadikan transformasi hijau terganggu di Eropah, malah menjadikan usaha bersama masyarakat antarabangsa dalam menangani perubahan iklim terkesan.

EU digesa mengambil tindakan yang tulen untuk merealisasikan keinginannya dari segi politik, dan kembali ke landasan penyelesaian pertikaian perdangangan melalui rundingan.

Sementara itu, China tidak goyah dalam mengambil segala langkah untuk memelihara kepentingan milik syarikat domestiknya.

Video

Berita Berkaitan