99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

EV Jenama China Mendominasi Pasaran Indonesia pada Ogos

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 September 2024

Pengeluar kereta China muncul sebagai jenama yang laris dijual dalam pasaran kenderaan elektrik (EV) Indonesia pada Ogos, sekali gus melepasi pesaing dari negara Asia lain, lapor agensi berita Xinhua.

Memetik data yang dikeluarkan oleh Persatuan Industri Automotif Indonesia (GAIKINDO) pada Rabu, jenama BYD mengungguli ranking dengan jumlah jualan sebanyak 2,971 unit. Dua lagi EV jenama China iaitu Chery dan Wuling pula mengikut rapat dengan jualan masing-masing melebihi 400 unit.

Menurut GAIKINDO, BYD telah merekodkan pencapaian luar biasa dari aspek pesanan meskipun jika dibandingkan dengan EV jenama China yang lain.

EV dari Korea Selatan seperti Hyundai Ioniq dan Kona Electric merekodkan penurunan jualan yang ketara dengan hanya 182 unit masing-masing.

Video

Berita Berkaitan