- Lain-lain
CCPIT Harap Selesaikan Pertikaian Perdagangan BEV dengan EU
Selepas keputusan muktamad negara-negara Kesatuan Eropah (EU) tentang tarif tambahan yang dikenakan terhadap kenderaan elektrik bateri (BEV) yang diimport dari China diluluskan dalam pengundian pada Jumaat lalu, Jurucakap Majlis Penggalakan Perdagangan Antarabangsa China (CCPIT) menyampaikan ucapan sebagai berkata bahawa perkara tersebut sudah dalam perhatian kalangan industri perdagangan China yang sentiasa memegang pendirian tegas menentang.
Sektor korporat BEV China selama ini sudah memaksimumkan keikhlasan dalam melakukan kerjasama dengan pihak Eropah sepanjang proses siasatan dan berharap agar pertikaian perdagangan itu diselesaikan dengan baik melalui pendekatan yang sesuai seperti secara "janji harga" (price undertaking) berdasarkan peraturan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO).
Baru-baru ini, pelbagai rombongan usahawan China tajaan CCPIT telah melawat Eropah untuk menjalankan pertukaran dengan kalangan industri dan perdagangan tempatan. Kedua-dua pihak bersepakat menyeru agar menghormati prinsip pasaran dan semangat kontrak dan menentang perlindungan perdagangan.
CCPIT akan menumpukan perhatian kepada perkembangan perkara ini, dengan aktif menyokong kedua-dua pihak menyelesaikan pertikaian melalui dialog dan rundingan agar pakej penyelesaian yang selaras dengan baik kepentingan masing-masing mahupun peraturan WTO dicapai dengan secepat mungkin.
- EV Jenama China Mendominasi Pasaran Indonesia pada Ogos
- Pencapaian Industri Bateri Kuasa, Rantaian Bekalan, Ditonjolkan pada Persidangan Bateri Kuasa Dunia 2024
- EV China Pamer Prestasi Cemerlang di Pasaran Indonesia
- Kereta Elektrik China Dapat Ribuan Tempahan Pada Pameran di Indonesia
- Peningkatan Pengeluaran dan Penjualan BEV China Kekal Mantap
- China Catat 440 Juta Kenderaan Baharu Pada Separuh Pertama 2024
- Rundingan Mengenai Kes Siasatan Anti-subsidi EU terhadap BEV China Dimulakan
- AS Tidak Sepatutnya Tutup Pintu terhadap Import BEV Keluaran China
- EV China Tampil di Pameran Motor Antarabangsa Indonesia
- Pengeluaran dan Jualan Automobil China Meningkat dengan Stabil