99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembina Projek Rel Mega Gabung Tenaga Pulih Hutan Bakau

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 22 Ogos 2024

Bahang yang amat sangat di hutan bakau sekitar Pelabuhan Klang tidak menghambat semangat kumpulan petugas yang bertungkus lumus membersihkan kawasan dan menanam anak pokok bakau. Mereka yang tidak kenal penat lelah ini kakitangan China Communications Construction Company (CCCC) dan Malaysia Rail Link (MRL).

Program itu, yang bertujuan memupuk semangat berpasukan, juga memberikan peluang kepada mereka yang mengambil bahagian untuk terlibat sendiri dalam kerja-kerja perlindungan dan pemuliharaan alam. Pendekatan ini merupakan satu bentuk manifestasi nilai teras yang menjadi amalan syarikat-syarikat pembina projek mega Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

Kakitangan syarikat China dan Malaysia mengangkut anak-anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Kakitangan syarikat China dan Malaysia mengangkut anak-anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Antara begitu ramai yang teliti menyemai anak pokok ialah Mohd Fariz Che Man, pegawai alam sekitar Seksyen 9 CCCECRL.

“CCCECRL mempunyai visi untuk mengekalkan dan memulihara persekitaran semula jadi di semua tapak kerja dengan cara yang sesuai dengan alam serta selaras dengan undang-undang dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa persekutuan, negeri dan tempatan,” jelas pegawai itu.

“Kami melaksanakan pembangunan rel secara hijau dengan inisiatif untuk mengurangkan fragmentasi hutan di peringkat rekaan menerusi dua strategi, iaitu penjajaran dan pembinaan terowong, yang bermakna penjajaran dilakukan dengan menyusur mengelilingi sempadan rizab hutan kekal untuk mengelakkan berlakunya penyerpihan,” katanya.

Menyentuh tentang penanaman semula bakau, satu program yang dilaksanakan bersama syarikat pengelola pembersihan Sungai Klang, Selangor Maritime Gateway, Mohd Fariz mengatakan usaha ini sejajar dengan dasar pihak pembina ECRL yang mengutamakan kelestarian dan perlindungan alam.

“Kita perlu mengembalikan keharmonian dengan alam, mengejar kelestarian dalam pengeluaran dan penggunaan, dan melindungi air dan udara daripada pencemaran. Kita perlu menjaga planet kita demi generasi akan datang,” katanya lagi.

Hutan bakau bukan sekadar kawasan perlindungan pelbagai hidupan liar, tetapi juga memainkan peranan penting untuk mengurangkan hakisan garis pantai, ribut dan banjir. Difahamkan, ia juga salah satu cara yang paling berkesan kos untuk menguruskan risiko bencana di kawasan pantai.

Seorang kakitangan syarikat China menanam anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Seorang kakitangan syarikat China menanam anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Mohd Nizam Daut, timbalan pengarah projek MRL, menyatakan bahawa program tersebut diatur bertepatan dengan Hari Antarabangsa untuk Pemuliharaan Ekosistem Bakau. Penganjurannya adalah untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesignifikanan paya bakau semula jadi di sepanjang Sungai Klang, di samping peri pentingnya melindungi ekosistem bakau.

“Sebagai komitmen kepada hal ehwal alam sekitar, Seksyen 9 CCCECRL mengamalkan pengurusan yang terbaik untuk melindungi kualiti air dan udara, di samping memastikan kualiti air dan udara dipantau sepenuhnya di sepanjang laluan,” jelasnya.

Beliau turut menambah bahawa dengan sokongan usaha-usaha lain termasuk program latihan kendalian jabatan hidupan liar negeri Selangor, banyak program kesedaran dan latihan telah dijalankan sebagai sebahagian usaha memulihara persekitaran semula jadi di semua tapak kerja.

ECRL, projek infrastruktur penting di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan saranan China, menghubungkan hab pengangkutan terbesar Malaysia iaitu Pelabuhan Klang dengan negeri Kelantan di Pantai Timur, merentasi Semenanjung Malaysia.

Kakitangan syarikat China dan Malaysia mengedarkan anak-anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Kakitangan syarikat China dan Malaysia mengedarkan anak-anak pokok bakau di Selangor, Malaysia, 15 Ogos 2024. (Xinhua/Cheng Yiheng)

Video

Berita Berkaitan