99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Malaysia, China Bincang Lanjut Tempoh Pinjam Panda

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Januari 2024
Malaysia, China Bincang Lanjut Tempoh Pinjam Panda
Panda gergasi Liang Liang dan Sheng Yi. (Foto/Xinhua)

Malaysia akan berbincang dengan China untuk pelanjutan tempoh peminjaman pasangan panda gergasi Xing Xing dan Liang Liang.

Pada 27 Januari, majlis sambutan ulang tahun ke-60 Zoo Negara diadakan, dihadiri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Duta Besar China ke Malaysia Ouyang Yujing.

Beliau akan berbincang dengan China untuk memohon pelanjutan tempoh peminjaman kedua-dua panda gergasi yang tinggal di sini sekarang.

Dalam majlis itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bahawa bagi kebanyakan rakyat Malaysia, ini sahaja peluang sekali dalam seumur hidup untuk melihat panda gergasi.

Difahamkan bahawa, pasangan panda gergasi itu yang mendapat banyak kasih sayang daripada rakyat Malaysia dipinjamkan kepada Malaysia pada 2014, dan tempoh peminjaman dijadualkan berakhir pada Mei depan.

Dalam tempoh ini, tiga anak panda telah dilahirkan iaitu Nuan Nuan, Yi Yi dan Sheng Yi.

Video

Berita Berkaitan