- Lain-lain
Jurulatih Sukan Terjun China Bertapak di Malaysia Lebih Dua Dekad
Wahai Ibu: "Saya ingin tebus semua Hari Ibu yang saya telah terlepas selama ini. Saya sangat menghargai atas didikan ibu, dan bersyukur kerana mempunyai memiliki ibu dalam hidup saya!"
Wahai Ayah: "Marilah kita raikan semua cuti bersama-sama sementara kita masih bersama. Untuk bertaut semula dengan ayah adalah satu rezeki, dan kini giliran kami pula membantu ayah! Ayah membesarkan saya, dan saya akan menemani ayah sehingga tua!"
Ketika jurulatih sukan terjun dari China yang berusia 79 tahun, Zhou Xiyang dan suaminya Shang Zhi menerima kunjungan tiga murid Malaysia, yang diibaratkan seperti anak-anak perempuannya sendiri, kesemua mereka ketawa, menangis, dan berpelukan erat.
Mereka menghabiskan Hari Ibu penuh makna secara bersama-sama pada 12 Mei dan kemudiannya mengembara ke Weihai di timur China untuk perjumpaan keluarga.
Zhou sudah berpergian ke Malaysia selama 30 tahun untuk mengajar sukan terjun, berkebetulan dengan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dan Malaysia.
DARIPADA BELIA, JADI WIRA
"Saya telah menghabiskan hampir seluruh hidup saya dalam sukan menyelam, termasuk menyelam sendiri atau melatih kanak-kanak," kata Zhou kepada Xinhua.
Zhou boleh dipanggil "genius muda pertama" dalam sukan terjun China berikutan penyertaan serta kemenangannya ketika berusia 14 tahun di Sukan Kebangsaan Republik Rakyat China yang pertama pada tahun 1959, iaitu hanya lebih setahun selepas bertukar daripada sukan gimnastik kepada sukan terjun.
"Pada 1958, saya menyertai pasukan terjun Beijing ketika berusia 13 tahun dan memulakan karier terjun saya dengan tangisan. Tiada siapa yang dapat membayangkan bahawa saya akan memenangi kejuaraan kebangsaan pada tahun berikutnya. Saya masih berasa sukar untuk percaya apabila saya melihat ke belakang," kata Zhou.
Sukan Kebangsaan China yang pertama berlangsung pada September 1959, namun perkara pertama yang terlintas di fikiran Zhou adalah "sangat sejuk."
"Terdapat dapur di sebelah kolam. Kami terpaksa memakai kot besar dan panjang dan memanaskan diri di tepi api selepas setiap menyelam," ujarnya.
Zhou mengatasi kesukaran papan anjal kayu dan pesaing senior, menjuarai kesemua 10 terjunan daripada saringan, separuh akhir hingga akhir, sekali gus memenangi gelaran kebangsaan sulungnya sebagai juara termuda Sukan Kebangsaan yang pertama.
PERINTIS DI MALAYSIA
Zhou menjadi jurulatih pertama untuk Pasukan Terjun Beijing. Pada 1994, wanita itu membuka lembaran baharu dalam kehidupannya apabila Malaysia, selaku tuan rumah Sukan Komanwel 1998 menjemput jurulatih dari pelbagai negara untuk pelbagai sukan. Zhou dihantar ke Malaysia oleh Pentadbiran Am Negara China untuk Sukan.
Dia ditugaskan untuk ke Perak, iaitu tempat yang hanya mempunyai satu kolam terjun namun tidak mempunyai penerjun, fasiliti latihan tanah kering, mahupun peralatan.
"Saya bermula daripada kosong. Sasya perlu mencari pelajar dan membina fasiliti latihan tanah kering secara sendiri. Saya mereka bentuk sendiri fasiliti latihan tanah di Ipoh, ibu negeri Perak. Saya juga mengukur sudut dan membimbing pemasangan tikar pelindung secara sendiri."
Zhou pergi ke sekolah satu demi satu, memujuk pengetua untuk memilih ratusan pelajar berdasarkan bentuk fizikal mereka, serta turut memeriksa kaki, lutut dan jari kaki mereka.
"Saya bermula dengan mengajar renang, kemudian memilih puluhan pelajar untuk mempelajari teknik asas menyelam, dan secara beransur-ansur membina tangga bakat untuk menyelam. Sangat sukar untuk mendapatkan pemahaman dan sokongan kanak-kanak, ibu bapa, dan sekolah pada masa itu," ujarnya lagi.
Enam bulan kemudian, Zhou membawa enam kanak-kanak ke Kuala Lumpur untuk membentuk pasukan kebangsaan, iaitu tempat dia menghabiskan tujuh tahun menakhodai penyelamnya untuk menyertai pelbagai pertandingan antarabangsa.
Penerjun muda, Zhou Leong Mun Yee memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam acara terjun pada Kejohanan Renang dan Terjun Asia Pasifik 1995 yang diadakan di Busan, Korea Selatan.
Pada 2002, Zhou kembali ke Perak untuk meneruskan kerjanya melatih penyelam muda, merekrut pelajar dari sekolah, mengajar mereka berenang dan menyelam hari demi hari.
Sepanjang karier kejurulatihannya selama 22 tahun di Malaysia, Zhou memupuk kumpulan bakat terjun yang kuat, menghasilkan berbilang juara kebangsaan dan pemenang pingat antarabangsa, termasuk pemain bintang Leong Mun Yee, juara dunia 2017 Cheong Jun Hoong, dan penyelam peringkat antarabangsa yang lain. Kini, Muhammad Syafiq Puteh memainkan peranan penting dalam acara papan anjal lelaki dalam pasukan kebangsaan.
"Dengan warisan dari generasi ke generasi serta kerja keras, pasukan terjun China mendapat kemasyhuran sebagai 'Pasukan Impian'. Dalam hati saya, saya adalah jurulatih China yang dihantar ke Malaysia.
"Saya telah berusaha bersungguh-sungguh untuk memenuhi misi saya dengan penuh dedikasi dan menyumbangkan tenaga untuk Malaysia serta dunia terjun. Ini adalah kebanggaan dan penghormatan terbesar saya sebagai seorang penerjun China," kata Zhou.
- ‘Utusan Khas’ China ke Malaysia Kini 10 Tahun
- Sorotan Kerjasama China-Malaysia
- Teo Nie Ching: Kerjasama dengan China Penting untuk Pembangunan Digital, Telekomunikasi
- TPM Malaysia Lawat China Bermula Hari Ini
- Forum Laluan Sutera dan Tamadun Asia 2024 Dirasmikan di Kuala Lumpur
- PKS Malaysia Nanti Peluang pada CISMEF 2024
- Malaysia, China Bincang Lanjut Tempoh Pinjam Panda
- Harapan Penuntut Malaysia di China terhadap Tahun 2024
- Belajar Bahasa Cina Makin Jadi Trend di Kalangan Bukan Cina Malaysia
- Malaysia Destinasi Hangat Susulan Pengecualian Visa kepada Warga China