99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Malaysia Destinasi Hangat Susulan Pengecualian Visa kepada Warga China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 30 November 2023

Kerajaan Malaysia akan memberikan pengecualian visa selama 30 hari untuk rakyat China mulai 1 Disember, menjelang ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara kedua-dua negara pada tahun depan. Demikian pengumuman Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 26 November, dilaporkan oleh Bernama.

Ekoran daripada pengumuman tersebut, carian mengenai Malaysia meningkat pesat di beberapa platform pelancongan China. Data Ctrip menunjukkan carian mengenai Malaysia naik 96% pada 26 November berbanding minggu sebelumnya. Data LY.COM pula memperlihatkan carian berkenaan melonjak 173% setakat pukul 9.00 malam hari yang sama. Data Qunar juga hampir meningkat dua kali ganda berbanding minggu sebelumnya pada 27 November.

Langkah tersebut menyusuli pengumuman China Jumaat lalu untuk mengecualikan visa selama 15 hari kepada rakyat Malaysia yang memasuki negara itu untuk tujuan perniagaan, pelancongan, melawat saudara mara dan rakan serta transit bermula 1 Disember.

Video

Berita Berkaitan