99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Penuntut, Pengajar Bahasa Cina Cermin Pertukaran Budaya Rancak Sepanjang BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 11 September 2023

Biarpun baru Ogos dan cuti musim panas belum berakhir, Luh Nadya Harum Bunga, pelajar Indonesia di Universiti Normal Hainan telah kembali ke kampus di selatan China untuk membuat persediaan semester baharu.

Di Madagascar pula, Wu Yi, alumni dari universiti yang sama yang kini telah menjadi cikgu bahasa Cina, sedang membuat persediaan untuk kelas keesokan hari.

Sejak Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) dikemukakan, pertukaran budaya antara China dengan negara lain telah dirancakkan, memperkukuh lagi persahabatan rakyat antara China dengan negara-negara terlibat dalam BRI.

“Saya telah belajar bahasa Cina selama 17 tahun,” kata Bunga dalam bahasa Cina yang fasih. “Kini semakin ramai orang di Indonesia yang belajar bahasa Cina seperti saya.”

Luh Nadya Harum Bunga, pelajar Indonesia di Universiti Normal Hainan, provinsi Hainan, selatan China. (People's Daily Online/Li Dong)

Luh Nadya Harum Bunga, pelajar Indonesia di Universiti Normal Hainan, provinsi Hainan, selatan China. (People's Daily Online/Li Dong)

Bunga datang ke China buat pertama kali pada tahun 2016, untuk menyertai satu kem musim sejuk di Guangzhou, ibu provinsi Guangdong. “Saya agak kagum dengan teknologi canggih dan pengangkutan cekap di bandar itu. Hanya dengan satu telefon bimbit, dapat memudahkan kehidupan harian,” kata Bunga. Sejak itu, keinginan untuk menuntut di China telah berakar di dalam hatinya.

“Tahun ini ulang tahun kesepuluh Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Dekad lalu menyaksikan pertukaran budaya antara China dengan negara terlibat kian lama kian rapat,” demikian kata Zhang Heng, timbalan dekan Kolej Pendidikan Antarabangsa, Universiti Normal Hainan.

Menurut Zhang, lebih 1,000 pelajar asing dari 47 negara kini menuntut di universiti itu.

Wu Yi telah mengajar bahasa Mandarin di Madagascar sejak empat tahun yang lalu, setelah tamat pengajian di Universiti Normal Hainan.

Wu Yi bersama murid-muridnya di Madagascar. (Gambar ihsan orang yang ditemu bual)

Wu Yi bersama murid-muridnya di Madagascar. (Gambar ihsan orang yang ditemu bual)

Kata Wu, kelas pertamanya dihadiri orang dari latar belakang berbeza, termasuk pelajar sekolah menengah, mahasiswa dan juga orang bekerja, ditambah dengan kemahiran bahasanya yang agak terhad, membawa cabaran kepadanya.

Dengan bantuan rakan sekerja, Wu semakin mahir dalam pengajaran dan pelajarnya juga menunjukkan prestasi yang lebih baik. “Dalam diri saya timbullah rasa kejayaan daripada kemajuan itu,” kata Wu.

Tambah Wu, salah seorang daripada pelajarnya meraih tempat pertama dalam saringan pertandingan “Chinese Bridge” di Madagascar dan kemudian diterima masuk untuk ijazah sarjana di Universiti Bahasa dan Budaya Beijing.

“Bagi pelajarnya, Wu bukan sekadar guru bahasa Cina, tapi juga jendela untuk mereka mengenali China,” ujar Zhang.

Video

Berita Berkaitan