99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pertandingan "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" 2023 Masuk Peringkat Global

(pertandingan pusingan awal)

(Mengimbas kod QR untuk menyertai pertandingan pusingan awal)

Tahun 2023 merupakan ulang tahun ke-10 Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI). Semangat Jalan Sutera -- yakni perdamaian, kerjasama, terbuka, inklusif, saling belajar, saling untung dan menang bersama, adalah warisan peradaban manusia yang berharga.

Ditaja oleh Persatuan Rakyat China untuk Persahabatan dengan Negara Asing, dihoskan oleh People's Daily Online, pertandingan bercerita "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China" peringkat global dijadualkan membuka tirai pada 12 Jun 2023. Dengan tema "kampung halaman", pertandingan ini menjemput rakan-rakan dari seluruh dunia untuk menceritakan kisah tentang pertukaran, pembelajaran dan persefahaman antara tamadun yang berbeza, serta melakar visi yang boleh dikongsi untuk membina dunia yang lebih baik.

Nantikan bersama upacara besar pertukaran budaya yang menempuh perjalanan jauh bertemu kerana hanzi.

Calon Peserta

1. Warga asing yang bekerja, tinggal atau belajar di China yang bahasa ibunda dan bahasa ibunda ibu bapa bukan bahasa China (bahasa Cina). Jika calon keturunan Cina, calon haruslah lebih daripada 3 generasi bermastautin di luar China.

2. Calon lain yang bukan warga China dan bahasa ibunda bukan bahasa China (bahasa Cina).

Nota: peserta yang berjaya ke pusingan akhir pertandingan "Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China"? tahun lalu tidak layak untuk mara ke pusingan separuh akhir dan pusingan akhir tahun ini.

Prosedur Pertandingan

Pertandingan tahun ini menggunakan cara hibrid yang menggabungkan cara dalam talian dan cara luar talian. Pusingan awal dan separuh akhir akan diadakan dalam talian manakala pusingan akhir secara luar talian.

Jadual Pertandingan

Pusingan awal dalam talian: Jun

Pusingan awal terdiri daripada 2 bahagian:

1. Menjawab soalan dalam talian. Peluang menjawab soalan akan diberi satu kali untuk setiap peserta. Selepas menjawab, halaman akan melompat ke aktiviti tulisan tangan. Peserta boleh menulis satu aksara bahasa China yang paling digemari dan kemudiannya menghasilkan poster yang boleh dikongsikan dalam media sosial.

2. Video pengenalan diri dalam satu minit

Nota: sila hantar video dan poster tulisan tangan kepada hanzi@people.cn selewat-lewatnya pada 12 Julai (UCT/GMT+8) dengan tajuk e-mel menggunakan format "nama anda + nombor telefon anda". Nama dan nombor telefon harus sepadan dengan yang digunakan semasa menjawab soalan.

Keperluan fail video: mp4, 1080p, dirakam dengan mod landskap. Panjang video tidak melebihi satu minit. Peserta boleh menceritakan kisah sendiri dengan Hanzi Bahasa China.

40 peserta yang menerima markah tertinggi akan masuk ke pusingan separuh akhir.

Pusingan separuh akhir: Julai hinga awal Ogos

Peserta akan dibahagikan ke kumpulan berbeza dan bercakap satu demi satu melalui dialog video dalam talian. Para hakim akan memberi markah berdasarkan kebolehan ekspresi diri tanpa persediaan. 10 peserta yang menerima markah tertinggi akan masuk ke pusingan akhir.

Pada masa yang sama, pertandingan kali ini juga meminta video pendek daripada semua calon, yang memperkenalkan kehidupan dan perasaan di China dalam bahasa ibunda masing-masing. Video tersebut akan diteliti dan dikeluarkan menerusi platform versi berbilang bahasa People's Daily Online.

Pusingan akhir: hujung Ogos hingga September

Peserta yang masuk ke pusingan akhir akan diminta menyampaikan ucapan selama 7 minit. Para hakim akan memberi markah berdasarkan nilai teras ucapan, daya tarikan terhadap pendengar, kebolehan ekspresi diri dalam bahasa China, dan hasil pembelajaran antara tamadun berbeza, lalu menentukan keputusan pertandingan.

Anugerah dan Hadiah

Pusingan akhir menawarkan 1 hadiah utama, 2 hadiah pertama, 3 hadiah kedua dan 4 hadiah ketiga.

Pertandingan juga menawarkan satu hadiah istimewa untuk kategori subrantau luar China.

Setiap pemenang akan menerima sijil pertandingan, cenderahati pusingan akhir dan bonus yang maksimumnya 10,000 yuan.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan