99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pakar Sinologi Indonesia: Perlunya Lebih Banyak Bakat Bahasa Mandarin demi Kerjasama Mendalam BRI

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 09 Disember 2022

Pelajar-pelajar di Institut Konfusius, Universiti Sebelas Maret, Indonesia menyambut Tahun Baru Cina 2022. (Gambar oleh Institut Konfusius Universiti Sebelas Maret)

"Tuntutlah ilmu walaupun sampai ke negeri China."

Apabila sedekad yang lalu, ahli sinologi Indonesia, Novi Basuki tergerak hati untuk melanjutkan pelajaran ke China, dia tidak digalakkan oleh ramai saudaranya. Basuki memberitahu Global Times bahawa ibu bapanya bagaimanapun memetik pepatah popular di atas daripada Nabi Muhammad SAW, untuk menyokong keputusan anak mereka.

Dilahirkan pada 1990-an, Basuki memperoleh ijazah sarjana muda dalam pendidikan bahasa Mandarin di Universiti Huaqiao, dan ijazah pascasiswazah dalam hubungan antarabangsa di Universiti Xiamen, provinsi Fujian. Beliau kemudiannya pergi ke Institut Penyelidikan China-ASEAN di Universiti Guangxi sebagai sarjana pelawat.

Kini beliau telah memilih untuk menyalurkan rasa cinta, pemahaman dan harapannya terhadap China dengan caranya sendiri iaitu dengan menjadi penyelidik di Pusat Penyelidikan China di Indonesia. Pusat ini sangat menghargai pertukaran pendidikan ekonomi, budaya dan bahasa yang dibawa oleh Laluan Sutera Maritim Abad Ke-21 di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) saranan China.

'Tanah terbuka’

Pakar sinologi muda itu memberitahu Global Times bahawa beliau dilahirkan dan dibesarkan di sebuah pulau kecil di sebuah kampung yang terletak pada ketinggian kira-kira 1,200 meter dari paras laut.

"Kebanyakan penduduk di kampung saya adalah petani, dan mereka orang Islam yang sangat warak di Indonesia."

Setelah tamat sekolah menengah, Basuki memasuki sebuah sekolah pondok yang mengajarkan teks-teks Islam klasik. Semasa berada di sekolah itu, beliau diperkenalkan dengan bahasa Mandarin buat kali pertama menerusi kelas yang diajar oleh guru-guru dari China.

"Saya bernasib baik kerana beberapa dekad yang lalu, malah sekarang, guru China bukan sesuatu yang biasa di Indonesia. Dalam tempoh itu saya menggunakan bahasa Mandarin hampir setiap hari selama tiga tahun, sebelum saya memohon biasiswa untuk belajar di China."

Basuki memberitahu Global Times bahawa atas sebab-sebab yang tidak perlu diceritakan panjang lebar, keputusannya tidak disukai oleh kebanyakan saudara mara pada awalnya termasuk bapa saudaranya, yang menganggap "belajar di China perkara yang pelik." Namun, atas desakan ibu bapanya, keputusan itu akhirnya dibuat.

Sebagai orang luar, yang paling membuka matanya ialah China memilih untuk membuka pintu kepada dunia dan “telah berbuat demikian dengan begitu cemerlang”.

“China adalah tanah lapang. China lebih miskin daripada banyak negara Asia sebelum reformasi dan pembukaan, tetapi bagaimana negara itu dapat berubah dengan begitu ketara dalam tempoh sesingkat 40 tahun? Jawapannya ialah pembaharuan dan keterbukaan,” katanya.

“Menerusi komunikasi dengan tokoh dari pelbagai bidang dalam 10 tahun ini, saya melihat China telah menjadi sebuah negara yang sangat terbuka. Ini bermakna orang di sana bersedia untuk belajar dari seluruh dunia. Dan inilah adalah caranya untuk mengubah nasib seseorang,” tambah beliau.

Basuki berkata, Indonesia juga mendapat peluang kerjasama di persada antarabangsa khususnya dengan China di bawah BRI.

Beliau juga percaya selain meningkatkan ekonomi, hal ini juga telah membawa pertukaran budaya dan peluang kerja secara besar-besaran untuk penduduk tempatan di Indonesia.

Pasaran bahasa yang berkembang pesat

Pada 2013, “Jalan Sutera Maritim” baharu telah ditubuhkan oleh kerajaan China dengan tujuan mengukuhkan kerjasama maritim dengan negara-negara ASEAN di samping mewujudkan rangkaian perdagangan dan infrastruktur yang menghubungkan Asia dengan Eropah dan Afrika di sepanjang laluan perdagangan laut purba itu.

Bagi Basuki, strategi itu sesuai dengan janji Presiden Indonesia Joko Widodo untuk menjadikan Indonesia sebagai paksi maritim global. Kedua-dua rancangan pembangunan yang sangat selari ini sememangnya bertepatan dengan kepentingan nasional kedua-dua pihak. Kedua-dua pihak harus aktif berusaha untuk mencapai matlamat ini.

Menurut data Lembaga Penyelaras Pelaburan Indonesia, pelaburan China dari 2014 hingga 2020 yang sebanyak 2.66 bilion dolar, menduduki tempat ketiga dalam semua pelaburan di Indonesia. Kerjasama yang dijalin termasuk dalam e-dagang dan pembinaan infrastruktur.

“Dari satu sudut, pelaburan sebegini telah membawa banyak peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan, namun dari sudut lain, ramai orang tidak menyedari bahawa pelaburan sebegitu juga meningkatkan pengembangan pasaran pendidikan bahasa Mandarin di Indonesia memandangkan bakat dwibahasa diperlukan dalam syarikat.”

Mengimbas kembali, sejak 2010, selepas Institut Konfusius pertama di Universiti Al-Azhar di Jakarta ditubuhkan, enam institut serupa telah dibuka di Indonesia, sekali gus menyingkap satu lembaran baharu dalam pendidikan bahasa Mandarin di negara itu.

Bagi membolehkan terlaksananya latihan bakat-bakat bahasa secara lebih bersasaran dan tepat, pada awal tahun 2022, projek “Bahasa Mandarin berserta kemahiran vokasional” diperkenalkan kepada lebih 100 kolej vokasional di Indonesia melalui sinergi Pusat Pendidikan Bahasa dan Kerjasama serta Pusat ASEAN-China. Selain mengajar bahasa Mandarin, projek itu juga menawarkan latihan industri membabitkan sektor logistik, e-dagang dan perangkaian komputer di China.

Walaupun banyak cabaran, pasaran pembelajaran bahasa Mandarin di Indonesia masih cerah.

“Kos menjemput guru dari China agak tinggi. Ini juga antara punca kekurangan guru,” kata Basuki.

Tambahnya, “Ini masalah yang perlu kita selesaikan. Namun, meskipun keadaannya begitu, kerjasama ekonomi dan pertukaran budaya yang dibawa oleh BRI tidak akan terhalang.”

Gaya Hidup

Berita Berkaitan