- Lain-lain
Hari Bahasa Cina PBB 2023 Dilancarkan
Hari Bahasa Cina Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) 2023 membuka tirainya di Geneva pada Rabu, serentak dengan Festival Video Bahasa Cina edisi ketiga Kumpulan Media China (CMG).
Aktiviti itu dianjurkan oleh CMG bersama Misi Tetap China ke Pejabat PBB di Geneva dan pertubuhan antarabangsa lain di Switzerland, dan Pejabat PBB di Geneva (UNOG).
Bersempena ulang tahun ke-10 pelancaran Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), aktiviti berkenaan berobjektif untuk mempergiat pertukaran budaya dan saling mempelajari sesama tamadun serta menggalakkan persefahaman antara rakyat negara-negara terlibat dalam BRI.
Festival Video Bahasa Cina kali ini menetapkan 'Journey' sebagai tema utamanya.
Bermula 1 hingga 25 Mac, peminat budaya China boleh menyerahkan karya video mereka untuk merebut 18 anugerah daripada sembilan kategori yang ditawarkan pihak penganjur termasuk 'video pendek terunggul' dan 'utusan budaya belia'.
Bagi pemenang anugerah 'utusan budaya belia', individu terbabit akan diberi biasiswa pembelajaran bahasa Mandarin di universiti China, di samping berpeluang menyertai program 'Experience China, Feel China’ bersama-sama dengan belia dari seluruh dunia.
Difahamkan, aktiviti kali ini juga bertujuan untuk membaharui kaedah penyiaran melalui gabungan 'pemikiran + kesenian + teknologi', memaparkan budaya dan konotasi semangat China pada era baharu, dan mentafsirkan kewujudan 'Many Voices, One World' seperti yang dianjurkan oleh PBB.
- Juara Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Diumumkan
- Pertandingan “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Tutup Tirai
- Finalis Pertandingan Bercerita “Kisah Saya dengan Hanzi Bahasa China” Antarabangsa 2022 Diumumkan
- Pakar Sinologi Indonesia: Perlunya Lebih Banyak Bakat Bahasa Mandarin demi Kerjasama Mendalam BRI
- HSK Lancar Ujian Tahap Kemahiran Lebih Tinggi
- Pembelajaran Bahasa Mandarin Luaskan Pandangan Kanak-kanak