- Lain-lain
Rakyat Korea Selatan Bantah Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut
Beberapa organisasi perlindungan alam sekitar dari Korea Selatan mengutuk sekeras-kerasnya pelan pelepasan air sisa radioaktif ke laut oleh Jepun dan menuntut Jepun menarik balik pelan itu serta merta.
Gerakan Bersama Boikot Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut, satu pertubuhan kalangan rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan di depan kedutaan besar Jepun di Seoul, menzahirkan bantahan keras terhadap pelan pelepasan Jepun yang akan dimulakan pada 24 Ogos ini.
Menurut organisasi itu, pakar-pakar berkaitan telah memberikan pandangan mengenai ketidakpastian keselamatan pelepasan air sisa radioaktif ke laut dan menuntut Jepun mengemukakan pelan alternatif.
Walau bagaimanapun, kerajaan Jepun berkeras melaksanakan pelan yang paling menjimatkan wang dan paling mudah itu.
Pertubuhan tersebut turut mengutuk kerajaan Korea Selatan membiarkan pelan pelepasan Jepun dan menuntutnya menzahirkan bantahan dengan sikap yang bertanggungjawab.
- Jepun Lepaskan Air Sisa Radioaktif ke Laut Mulai 24 Ogos
- Jepun Dituntut Tarik Balik Pelan Pelepasan Air Sisa Radioaktif ke Laut
- Jepun Didesak Lagi Hentikan Rancangan Buang Air Tercemar Nuklear
- Perhimpunan di Seoul Bantah Jepun Lepas Air Sisa Nuklear
- Jepun Didesak Lagi Jangan Degil Merancang Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Lagi Protes di Jepun Bantah Pelepasan Air Tercemar Nuklear
- Henti Lepas Air Sisa, Bincang Bersama Negara Jiran: MFA
- Rakyat Filipina Protes Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Buang Air Sisa Nuklear: Jepun Gagal Beri Penjelasan Cukup
- Protes di Seoul Bantah Rancangan Jepun Buang Air Sisa Radioaktif