99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Jepun Didesak Lagi Hentikan Rancangan Buang Air Tercemar Nuklear

(CRI)Jumaat 18 Ogos 2023

Jepun didesak bertangungjawab terhadap rawatan air tercemar nuklear dan menerima kawal selia yang ketat dari masyarakat antarabangsa.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin dalam sidang media semalam, susulan Syarikat Kuasa Elektrik Tokyo (TEPCO) mengesahkan satu insiden kebocoran air tercemar nuklear simpanan Loji Janakuasa Nuklear Fukushima berpunca dari paip penyalur air yang terpecah.

"Kami telah memperhatikan laporan terbabit. Padahal, kewajaran dan keselamatan rancangan pelepasan terbabit disyaki masyarakat anatarabangsa sejak sekian lama. Berlakunya kebocoran sekali lagi menjadikan masyarakat antarabangsa semakin bimbang akan TEPCO yang lemah dalam menjalankan pengurusan dan kerajaan Jepun yang bercuai dalam melaksanakan pengawalseliaan," kata Wang.

Tegas beliau, China sekali lagi menggesa Jepun menimbangkan keprihatinan yang rasional dari masyarakat antarabangsa dan dalam negerinya, menghentikan rancangan berkenaan, dan bersungguh-sungguh mengadakan komunikasi terbabit dengan negara-negara jirannya.

Video

Berita Berkaitan