- Lain-lain
Henti Lepas Air Sisa, Bincang Bersama Negara Jiran: MFA
Beijing menggesa Tokyo supaya mengambil serius kebimbangan masyarakat antarabangsa dan berhenti meneruskan pelan pelepasan air terawat dari loji nuklear Fukushima ke laut.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China Mao Ning berkata Jepun perlu berkomunikasi bersama negara jiran dengan penuh ikhlas dan jujur, serta menguruskan air sisa berkenaan menerusi pendekatan yang bertanggungjawab, selain menerima pengawasan rapi antarabangsa.
“Ia merupakan persoalan berkaitan sains dan masalah sikap juga. Sekiranya air terawat benar-benar selamat, tak perlu buangnya ke dalam laut; jika tidak, sudah tentu tak patut berbuat demikian,” kata Mao semasa taklimat harian di Beijing pada Khamis.
Menurut beliau, dunia mempersoalkan kewajaran, kesahihan dan keselamatan rancangan Jepun untuk melepaskan air sisa radioaktif.
“Apa pun yang dibuat Jepun, tiada cara untuk membersihkan rancangannya. Bantahan dari kalangan rakyat serta negara jiran, semuanya bukti yang kukuh,” ujar beliau.
- Rakyat Filipina Protes Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Buang Air Sisa Nuklear: Jepun Gagal Beri Penjelasan Cukup
- Protes di Seoul Bantah Rancangan Jepun Buang Air Sisa Radioaktif
- Laporan IAEA Bukan 'Lampu Hijau' Pelepaskan Air Radioaktif
- Semakin Ramai Bantah Rancangan Jepun Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- China Umumkan Larangan Import Makanan dari 10 Wilayah Jepun
- China Kesal IAEA Beri Kelulusan kepada Rancangan Jepun
- China Desak Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- China Gesa Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Keputusan NRA Diumum dalam Masa Terdekat