- Lain-lain
Jepun Didesak Lagi Jangan Degil Merancang Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
China sekali lagi menyatakan pendirian dan sikapnya yang tegas menentang rancangan Jepun yang bersiap melepaskan air tercemar dari Loji Jana Kuasa Elektrik Nuklear Fukushima ke laut dan mendesaknya jangan bertindak tergesa-gesa tanpa mengambil kira keprihatinan masyarakat antarabangsa. Jurucakap Kementerian Luar Chin, Mao Ning berkata demikian ketika memaklumkan hasil yang tercapai dalam rundingan antara diplomat China dengan Jepun dalam sidang media Isnin.
Menurut Mao, Ketua Pengarah Jabatan Asia Kementerian Luar China, Liu Jinsong dan Ketua Pengarah Biro Hal Ehwal Asia dan Oceania Kementerian Luar Jepun telah mengadakan rundingan kerja yang merupakan kali ketiga bagi tahun ini di Tokyo, Jepun pada 22 Julai lalu. Kedua-dua pihak menganggap perlunya mengambil kesempatan perayaan ulang tahun ke-45 termeterainya Perjanjian Kedamaian dan Persahabatan China-Jepun, mengekalkan komunikasi pelbagai peringkat dan mempertingkat kerjasama dan pertukaran lawatan sosiobudaya. Kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pendapat mengenai isu antarabangsa dan serantau yang menjadi tumpuan sama serta bersetuju meneruskan rundingan dalam kerangka mekanisme terbabit.
- Lagi Protes di Jepun Bantah Pelepasan Air Tercemar Nuklear
- Henti Lepas Air Sisa, Bincang Bersama Negara Jiran: MFA
- Rakyat Filipina Protes Pelepasan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Buang Air Sisa Nuklear: Jepun Gagal Beri Penjelasan Cukup
- Protes di Seoul Bantah Rancangan Jepun Buang Air Sisa Radioaktif
- Laporan IAEA Bukan 'Lampu Hijau' Pelepaskan Air Radioaktif
- Semakin Ramai Bantah Rancangan Jepun Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- China Umumkan Larangan Import Makanan dari 10 Wilayah Jepun
- China Kesal IAEA Beri Kelulusan kepada Rancangan Jepun
- China Desak Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut