99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Semakin Ramai Bantah Rancangan Jepun Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut

(CRI)Isnin 10 Julai 2023

Rancangan Jepun mahu melepaskan air tercemar nuklear ke laut mencetuskan bantahan dan kecaman secara meluas dalam masyarakat antarabangsa.

Tinjauan pendapat pengguna internet global yang dilakukan CGTN sebanyak dua kali dalam tempoh tiga bulan kebelakangan ini, mendedahkan bahawa 94.85% responden mengecam rancangan Jepun yang tidak mempedulikan keprihatinan dan bantahan dari masyarakat antarabangsa itu.

Menurut tinjauan pendapat tersebut, 91.4% orang bimbang akan air tercemar nuklear dilepaskan ke laut itu akan menjejaskan persekitaran laut dan kesihatan manusia, manakala 90.58% orang pula tidak percaya penerangan kerajaan Jepun dan Syarikat Tenaga Elektrik Tokyo, iaitu "air tercemar nuklear tidak berbahaya".

Selain itu, 89.69% orang berpendapat bahawa jika air tercemar nuklear dilepaskan ke laut, ia bukan hanya hal pribadi Jepun, malah akan memberi impak negatif kepada negara Jiran Jepun bahkan semua negara Lautan Pasifik, akhirnya menjadikan seluruh dunia terjejas. Jumlah orang yang berpendapat seumpama itu meningkat hampir 3% berbanding tiga bulan yang lalu. Sementara itu, 94.09% orang menyeru kerajaan Jepun dan negara-negara jirannya yang berkepentingan mengadakan rundingan sehingga mencapai kata sepakat.

Tinjauan pendapat tersebut juga mendedahkan bahawa 79.83% orang berpendapat laporan penilaian dibuat oleh Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) gagal membalas perhatian masyarakat antarabangsa, manakala 89.5% orang menyeru lebih banyak kumpulan penilaian yang rentas sektor dan pelbagai bidang termasuk IAEA terus melakukan penilaian lengkap terhadap rancangan Jepun tentang pelepasan air tercemar nuklear ke laut itu supaya dapat mencari dan memilih langkah paling sesuai.

Tinjauan pendapat yang menyaksikan penglibatan hampir 34 ribu pengguna siber dalam masa 24 jam tersebut diumumkan CGTN dalam 5 jenis bahasa.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan