99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Kemboja Sasar Kolaborasi Lebih Kukuh

(CRI)Isnin 14 Ogos 2023

China bersedia mengukuhkan solidariti dan kolaborasi dengan Kemboja, di samping memperkaya rangka kerjasama 'intan enam sisi' dan memantapkan lagi jalinan persahabatan.

Demikian ujar ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) yang juga Menteri Luar, Wang Yi dalam pertemuan dengan bakal Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Luar Kemboja, Sok Chenda Sophea di Phnom Penh pada Sabtu.

Wang berkata pemimpin kedua-dua negara mencapai konsensus untuk membina komuniti berkongsi nasib China-Kemboja, sekali gus menunjukkan hala tuju perkembangan hubungan bilateral.

Tambah beliau, China akan sentiasa menjadi penyokong kuat yang boleh dipercayai apabila Kemboja menghadapi kesukaran.

Sophea pula menyatakan kerjasama dengan China telah membawa peluang pembangunan besar, selain membantu Kemboja menambah baik kesejahteraan rakyat dan mencipta peluang pekerjaan.

Beliau turut menyuarakan harapan agar sinergi diteruskan untuk meningkatkan sifat strategik hubungan dua hala, di samping memperluas bidang kerjasama sehingga menjadi contoh pembinaan bersama Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) secara berkualiti tinggi.

Video

Berita Berkaitan