99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

PM Kemboja Bakal Lawat China

(CRI)Selasa 07 Februari 2023

Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen bakal mengadakan lawatan rasmi ke China atas undangan rakan sejawatnya Li Keqiang, pada 9 hingga 11 Februari.

Demikian dimaklumkan Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning dalam sidang akhbar semalam.

Menurut Mao, China dan Kemboja sebagai negara jiran mempunyai tradisi persahabatan yang cemerlang yang dijalinkan oleh pemimpin generasi dahulu, dan hubungan persaudaraan ini kekal abadi. China dan Kemboja yang diterajui pemimpin negara masing-masing, telah mencapai hasil yang memuaskan dalam pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama kedua-dua negara, membawa manfaat yang substantif kepada rakyat di samping menyumbang kepada keamanan dan kemakmuran serantau bahkan seluruh dunia.

Tahun ini ulang tahun ke-65 terjalinnya hubungan diplomatik China-Kemboja. China berharap mengambil peluang ini untuk mendorong komuniti berkongsi nasib terus berkembang maju dan menjadikannyasebagai refleksi pewarisan persahabatan kedua-dua negara secara turun-temurun.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan