99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Tahniah China untuk Kelancaran Pilihan Raya Kemboja dan Kemenangan Hun Sen

(CRI)Selasa 25 Julai 2023

Jurucakap Kementerian Luar China, Mao Ning mengucapkan tahniah kepada Kemboja yang mengadakan Pilihan Raya Kebangsaan ke-7 dengan lancar serta Parti Rakyat Kemboja yang diketuai Hun Sen yang mencapai kemenangan, dan berharap agar kabinet dan kerajaan penggal baharu dibentuk dengan lancar di negara itu. China bersedia berusaha bersama dengan Kemboja untuk mempergiatkan pembinaan komuniti berkongsi nasib zaman baharu ke arah yang berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berspesifikasi tinggi.

Menurut Mao, hubungan China-Kemboja yang berpandukan strategi pemimpim kedua-dua negara berkembang baik sejak akhir-akhir ini. Kedua-dua pihak bekerjasama secara rapat, saling menyokong dan memberi sumbangan bagi mendorong kerjasama serantau dan melindungi keadilan antarabangsa sehingga menjadi teladan persahabatan antara negara yang saling menguntungkan dan sama menang.

Mao berkata, tahun ini ulang tahun ke-65 hubungan diplomatik China-Kemboja, dan juga “tahun persahabatan China-Kemboja”. Dengan mengambil peluang itu, China bersedia berusaha bersama dengan Kemboja untuk mengekalkan persahabatan tradisional demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Berita Berkaitan