99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Jinping Ditemui Hun Sen

(CRI)Jumaat 10 Februari 2023

Presiden China, Xi Jinping telah ditemui Perdana Menteri Kemboja, Hun Sen di Hotel Tetamu Negara Diaoyutai pagi tadi.

Xi menegaskan bahawa China merancang dan mendorong kerjasama pelbagai bidang dengan Kemboja, keutamaan dalam diplomasi kejiranannya dari sudut keseluruhan dan strategik, dan bersedia berkongsi peluang dengan Kemboja sepanjang proses kebangkitan bangsa China melalui modenisasi ala China, Kedua-dua pihak dikehendaki bekerjasama membina komuniti berkongsi nasib sesama China-Kemboja ke arah berkualiti tinggi, bertaraf tinggi dan berspesifikasi tinggi sehingga memberi lebih banyak manfaat kepada rakyat kedua-dua negara dan menyumbang lebih banyak tenaga positif terhadap keamanan, kestabilan dan pembangunan serantau.

Menurut Xi, rangka kerjasama "enam segi Diamond" China-Kemboja perlu dibentuk dalam enam sektor termasuk politik, kapasiti industri, pertanian, sumber tenaga, keselamatan dan sosiobudaya. Kedua-dua negara perlu terus mengintensifkan interaksi strategik, dan meningkatkan pertukaran tentang pengalaman pentadbiran negara. "Koridor pembangunan industri" dicadangkan menjadi satu keutamaan, sedangkan "koridor" perikanan dan bijiran" perlu dibina serentak dengan pembangunan hijau. Kedua-dua pihak juga perlu terus menjalankan kempen membanteras kegiatan jenayah rentas sempadan, menggalakkan kerjasama pelancongan di samping menjalankan kerja pemeliharaan dan pembaikpulihan warisan kebudayaan. Selain itu, China akan terus menyokong pembangunan Kemboja dalam bidang pendidikan dan kesihatan.

Hun Sen pula berkata, Kemboja akan mengekalkan pelaksanaan dasar "Satu China", menyokong China melindungi kedaulatan, keselamatan dan kepentingan pembangunan sendiri, menyokong amalan "Satu China, Dua Sistem", menentang sebarang kuasa luar mencampur tangan dalam urusan dalaman China termasuk hal ehwal melibatkan Hong Kong, wilayah Xinjiang dan wilayah Tibet. Selain itu, Kemboja bersedia terus mendorong perkembangan hubungan ASEAN dengan China, dan akan terus menyokong dan menyertai pelaksanaan Inisiatif "Jalur dan Laluan" (BRI), Inisiatif Pembangunan Global (GDI) dan Inisiatif Keselamatan Global (GSI).

Pemimpin kedua-dua negara ini juga bertukar-tukar pandangan tentang isu lain yang menarik perhatian bersama.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan