99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Budaya Sungai Kuning Jana Pelancongan Henan (3)

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 19 Disember 2024
Budaya Sungai Kuning Jana Pelancongan Henan

Sungai Kuning, tempat lahir dan berkembangnya tamadun China yang gemilang. Terletak di tengah-tengah kawasan budaya Sungai Kuning, provinsi Henan kaya dengan sumber sejarah dan kebudayaan. Namun begitu, pelancongan budaya di sana lama dianggap kurang rancak.

Tahun-tahun kebelakangan ini, pulihnya keyakinan terhadap sektor budaya memberikan kesempatan kepada Henan untuk menginovasi penzahiran budaya Sungai Kuning dengan mengintegrasikan budaya dan pelancongan agar mengatasi batas-batas industri. Dari Januari hingga Julai tahun ini sahaja, muzium di provinsi itu menerima lebih 42.6 juta pelawat, menjadikan “kunjungan ke muzium” trend baharu orang muda.

Jelas Pengarah Jabatan Budaya dan Pelancongan Provinsi Henan, Huang Dongsheng, Henan menyasarkan pembentukan koridor pelancongan budaya menerusi pembinaan lebuh raya pelancongan No.1 “Kota Purba Sungai Kuning” yang panjang keseluruhannya kira-kira 4,810 kilometer.

Turut membawa impak positif ialah taman tema “Unique Henan, Land of Drama” yang akhir-akhir ini hangat dibicarakan di media sosial. Taman tersebut mempunyai reputasi sebagai taman tema drama immersive dan panoramik yang pertama di China. Di sana, terdapat 21 panggung yang mempertontonkan persembahan hampir 700 minit tanpa kandungan berulang, berkisarkan budaya Sungai Kuning dan peradaban Dataran Tengah.

Menurut statistik, taman itu menerima lebih 20 juta pelancong pada Januari hingga November tahun ini, dan lebih 70 peratus daripada mereka datang dari luar provinsi.

Selepas menonton persembahan di taman tersebut, seorang pelancong, Chen Jie, membuat keputusan untuk melawat Muzium Henan dan tempat-tempat lain. Henan disifatkannya sebagai khazanah budaya yang berbaloi diteroka.

Antara inisiatif lain yang diambil Henan ialah menubuhkan sebuah pangkalan data sumber warisan budaya Sungai Kuning, yang mengklasifikasikan 947 projek warisan budaya tak ketara peringkat provinsi atau lebih tinggi serta 488 warisan budaya penting lain. Dengan ini, wujudlah koridor perlindungan taman warisan bertaraf dunia di sepanjang Sungai Kuning.

Budaya Sungai Kuning telah menjadi nadi yang menghidupkan pelancongan budaya provinsi Henan. Huang Dongsheng berkata, Henan akan terus mengutamakan pembinaan jalur pelancongan budaya Sungai Kuning, yang akan diketengahkan sebagai sebuah destinasi terkenal, dengan tarikan-tarikan seperti Groto Longmen, Kuil Shaolin dan inskripsi tulang Runtuhan Yin.

Video

Berita Berkaitan