99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Industri Rambut Palsu Xuchang Makmur

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 09 Oktober 2024

Seorang pelanggan memilih rambut palsu di bilik pameran Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Seorang pelanggan memilih rambut palsu di bilik pameran Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Gelungan rambut yang dipanggil “Xiaofa” (rambut palsu kecil), dibungkus dengan rapi, diangkut menerusi Jalan Sutera Maritim dari India ke bandar Xuchang di provinsi Henan, tengah China.

Beberapa hari kemudian, selepas sampai ke tangan pekerja mahir, “Xiaofa” berubah menjadi rambut palsu yang sangat cantik. Sesudah melalui transformasi ini, rambut palsu tersebut akan dihantar ke Afrika, Eropah, Amerika dan tempat-tempat lain, menjadi barangan yang sangat dicari-cari.

Daripada sepuluh rambut palsu yang ada di dunia, enam adalah dari Xuchang. Berkat pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan, penduduk Xuchang berjaya mengubah “segelung rambut” menjadi industri bernilai berbilion dolar.

Pada 2023, nilai eksport produk rambut keluaran Xuchang mencecah 16.85 bilion yuan atau anggaran 10 bilion ringgit, naik 17.7 peratus tahun ke tahun.

Seorang pekerja membuat rambut palsu di sebuah bengkel milik Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Seorang pekerja membuat rambut palsu di sebuah bengkel milik Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Dengan lebih 4,100 syarikat produk rambut dan 300,000 kakitangan yang bekerja dalam industri rambut palsu, Xuchang telah bertapak kukuh dalam pasaran khusus ini.

Pada hakikatnya, Xuchang tidak menjadi terkenal dalam masa semalaman sahaja – industri rambut palsunya sudah bersejarah lebih 100 tahun dan semakin menjadi tumpuan perhatian global. Pada tahun-tahun kebelakangan ini, banyak syarikat pengeluar rambut palsu di Xuchang mengimport rambut manusia dari negara-negara seperti India dan Myanmar.

Pada 2020, Xuchang mendapat kelulusan Jabatan Am Kastam China untuk menubuhkan sebuah pusat logistik berikat. Ini membuka jalan untuk syarikat produk rambut tempatan melibatkan diri dalam penyimpanan berikat, pemerolehan global dan juga pengedaran antarabangsa.

Bagi memudahkan pengimportan rambut, Xuchang telah meringkaskan prosedur import dengan memohon pelaksanaan program rintis perdagangan pemerolehan pasaran produk rambut, di samping memperkenalkan pelan pelaksanaan pembangunan kluster industri produk rambut. Sebuah zon rintis komprehensif peringkat negara juga telah diasaskan khas untuk e-dagang rentas sempadan.

Seorang pekerja membuat rambut palsu di sebuah bengkel milik Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Seorang pekerja membuat rambut palsu di sebuah bengkel milik Henan Rebecca Hair Products di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Maklum setiausaha perikatan industri produk rambut Xuchang, Wang Xiaomin, langkah-langkah berkenaan telah memendekkan masa yang diperlukan untuk produk rambut dibawa dari India ke Xuchang kepada hanya tiga hingga lima hari.

Pada 2023, terdapat 764 syarikat produk rambut di Xuchang yang merekodkan kegiatan import dan eksport sebenar, memperkukuh lagi kedudukan bandar ini sebagai pusat pengedaran dan pangkalan eksport produk rambut yang terbesar di dunia.

Syarikat Henan Rebecca Hair Products merupakan contoh yang menggambarkan perkembangan pesat industri rambut palsu Xuchang. Di bengkel milik syarikat ini, lebih 100 pekerja mengendalikan mesin membuat rambut palsu dengan sepantas mungkin untuk memenuhi tempahan. Pengeluaran rambut palsu memerlukan lebih 10 langkah, seperti yang dijelaskan oleh Li Fengxin yang bekerja di bengkel tersebut.

Selain daripada rambut palsu yang dibuat daripada rambut manusia, syarikat pengeluar rambut palsu di Xuchang telah menghasilkan rambut palsu sintetik yang mesra alam. Produk baharu ini juga mendapat sambutan baik di pasaran.

Pada masa ini, syarikat pengeluar rambut palsu Xuchang telah memperoleh 714 paten, melahirkan 117 jenama sendiri, dan mendaftarkan 654 tanda dagangan di luar negara.

Kisah kejayaan Xuchang diperkukuh lagi oleh jaringan pengangkutan Henan yang begitu luas cakupannya. Bandar ini berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Xinzheng di ibu provinsi, Zhengzhou. Perkhidmatan logistik lapangan terbang antarabangsa itu meliputi lebih 140 bandar di 40 negara, membolehkan produk rambut Xuchang memasuki pasaran global dengan efisien.

 Seorang pekerja Henan Rebecca Hair Products memperkenalkan produk menerusi strim langsung di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Seorang pekerja Henan Rebecca Hair Products memperkenalkan produk menerusi strim langsung di Xuchang, provinsi Henan, tengah China, 16 Mac 2023. (Xinhua/Li An)

Video

Berita Berkaitan