99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

RSU di Bawah RCEP Beroperasi Secara Rasmi

(CRI)Selasa 10 Disember 2024

Majlis perasmian RSU (Unit Menyokong RCEP--Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau) telah diadakan di Sekretariat ASEAN di Jakarta, Indonesia pada Isnin, diserikan dengan kehadiran Setiausaha Agung ASEAN, Kao Kim Hourn, Menteri Perdagangan Indonesia, Budi Santoso, dan perwakilan dari 15 negara anggota RCEP termasuk Jepun, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

Penubuhan RSU seperti yang dijadualkan yang membabitkan penglibatan 15 pihak adalah diterajui China selaku pengerusi bergilir bagi pihak bukan ASEAN dalam kerangka RCEP, dan negara pengerusi ASEAN, Indonesia.

Majlis perasmian tersebut menandakan bermulanya operasi rasmi unit itu, dan juga dilihat sebagai batu tanda dalam pembangunan mekanisme RCEP, bukan sahaja kondusif bagi memberi sokongan seperlunya kepada pelaksanaan RCEP dan pengoperasian institusi terbabit, tetapi juga boleh memastikan pembangunan berkualiti RCEP terjamin dari segenap aspek.

Video

Berita Berkaitan