99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

‘Demam’ Durian di China Kini Merebak ke Snek, Teh Susu, Stimbot

(Xinhua/Hu Xingyu)

(Xinhua/Hu Xingyu)

Produk snek berbungkus yang diperbuat daripada durian Asia Tenggara pada tahun-tahun mutakhir ini telah laris dijual oleh syarikat Makanan Xuan Ma Guangxi yang bertapak di Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang.

Untuk rekod, China merupakan pengguna durian utama di dunia. Sejak tahun lalu, ‘demam’ durian telah mencanak naik, lebih-lebih lagi dengan kehadiran durian daripada negara-negara di bawah rangka Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP).

Pada 2019, syarikat tersebut melancarkan kek berperisa durian, sekali gus menyaksikan jualan tahunannya meningkat daripada RMB800 ribu (AS$110 ribu) kepada RMB10 juta. Ketika ini, syarikat itu menggunakan isi durian dari Thailand yang bernilai sekitar RMB1 juta setiap tahun.

“Obsesi orang ramai terhadap durian telah berkembang kepada pastri dan minuman berperisa durian, yang mampu meningkatkan permintaan terhadap buah durian yang diimport dari negara ASEAN,” kata Tang Chunlong, naib pengurus besar Syarikat Makanan Xuan Ma Guangxi.

Tambahnya, syarikat itu juga merancang untuk mengulangi kejayaan perniagaan durian dengan menghasilkan snek berinspirasikan buah-buahan tropikal lain dari negara-negara Asia Tenggara.

Pada masa sama, pernigaaan lain turut memanfaatkan trend lakuran kulinari dengan menggunakan isi durian sebagai bahan utama dalam penciptaan gastronomik masing-masing.

“Teh susu dengan isi durian adalah produk paling laris kami,” ujar Jariya Unthong, pemilik warung jalanan warga Thai yang menjual teh susu Thai di Nanning.

Malah, turut terdapat beberapa resipi ‘berani’ yang berinspirasikan durian telah dijual di kedai-kedai makan. Sebagai contoh, beberapa restoran mewah di Guangxi telah melancarkan hidangan stimbot dengan durian dan sup ayam bagi mengecapi kejayaan pasaran lebih besar.

“Sejak dilancarkan pada awal tahun ini, stimbot durian ayam kami berjaya menduduki carta tiga teratas sebagai makanan popular secara konsisten.

“Ramai pelanggan datang hanyak untuk mendapatkan pengalaman baru, namun sebilangan daripada akhirnya menjadi peminat setia hidangan itu,” ujar Pang Jie, pemilik restoran stimbot tempatan.

Video

Berita Berkaitan