99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Jumlah Dagangan Kemboja dengan Negara RCEP Meningkat Lebih AS$25 Bilion

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 23 Oktober 2024

Jumlah dagangan Kemboja dengan negara-negara anggota Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) telah mencecah AS$25.54 bilion untuk tempoh Januari hingga September 2024, lapor agensi berita Xinhua.

Difahamkan, ia sekali gus menyaksikan kenaikan sebanyak 17.1 peratus untuk tempoh sama berbanding tahun terdahulu.

Memetik laporan Jabatan Am Kastam dan Eksais Kemboja, volum dagangan dengan negara-negara anggota RCEP menyumbang sebanyak 61.6 peratus daripada volum dagangan keseluruhan dalam tempoh tersebut.

Menurut laporan itu lagi, Kemboja telah mengeksport produk bernilai AS$6.76 bilion kepada negara RCEP yang memperlihatkan peningkatan 16.3 peratus, sementara import pula bernilai AS$18.78 bilion, iaitu kenaikan sebanyak 17.3 peratus.

Untuk rekod, lima rakan dagangan terbesar negara Asia Tenggara itu di bawah kerangka RCEP adalah China, Vietnam, Thailand, Jepun dan Singapura.

Setiausaha Negara Kementerian Perdagangan Kemboja, Penn Sovicheat menyifatkan RCEP sebagai pemangkin kepada pertumbuhan dagangan Kemboja dan magnet bagi kemasukan pelaburan langsung asing ke Kemboja.

Ketika diwawancara Xinhua, beliau berkata bahawa RCEP telah memberikan rangsangan kepada kerjasama perdagangan serantau, membawa manfaat besar kepada semua negara anggota meskipun terdapat peningkatan dasar perlindungan dan permintaan global yang semakin lemah.

"Dengan konsesi tarif di bawah perjanjian RCEP, eksport kami ke negara-negara lain RCEP sudah pasti akan terus berkembang sepanjang tahun ini dan seterusnya," tambah Penn.

Video

Berita Berkaitan