99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Dari Chancay ke Shanghai, Koridor Darat-Laut Baharu Curi Tumpuan Global

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 18 November 2024
Dari Chancay ke Shanghai, Koridor Darat-Laut Baharu Curi Tumpuan Global
Pada 9 November 2024, kapal kontena ini belayar ke terminal automatik Pelabuhan Chancay di Peru. (Foto ihsan Shanghai Zhenhua Heavy Industries)

Pelabuhan Chancay di Lima yang merupakan simbol persahabatan antara China dan negara Amerika Selatan itu akhirnya dirasmikan pada Khamis lalu, sekali gus mendapat perhatian dalam skala global.

Sebelum terbinanya pelabuhan itu, Peru berada dalam keadaan kekurangan pelabuhan yang mampu menampung kapal kontena besar, dan kapal-kapal tersebut terpaksa membuat perhentian di Mexico, Panama, dan tempat-tempat lain untuk memindahkan barang ke kapal yang lebih kecil sebelum diangkut menuju ke destinasi akhir, Peru.

Dengan siapnya Pelabuhan Chancay, dermaga pelabuhan kini boleh memuatkan kapal kontena besar dengan kapasiti 18,000 unit bersamaan dua puluh kaki (TEU), mengurangkan masa penghantaran terus dari Lima ke Shanghai kira-kira 10 hari.

Dengan prospek kerjasama yang berpontesi besar antara China dan Amerika Latin, Pelabuhan Chancay akan mengukuhkan kedudukan Peru sebagai pintu masuk yang menghubungkan darat dan laut, Asia dan Amerika Latin.

Chancay diduduki oleh ramai warga asing yang berstatus penduduk tetap, dan sebutan nama China bersama-sama dengan Pelabuhan Chancay tidak lekang dari bibir penduduk. Mereka berpendapat bahawa pembinaan pelabuhan itu telah membawa lebih banyak peluang perniagaan dan meningkatkan pelancongan di kawasan itu.

Manakala, cendekiawan Peru pula turut menzahirkan sifat optimistik mereka tentang potensi Pelabuhan Chancay untuk menarik kemasukan baharu pelaburan langsung asing, secara tidak langsung memangkin pertumbuhan ekonomi serantau.

Pelabuhan Chancay ialah pelabuhan pintar dan hijau pertama di Amerika Latin. Apabila ia siap, pelabuhan itu akan membawa Peru hasil yang besar dan mewujudkan sejumlah besar pekerjaan.

Lautan Pasifik yang luas memisahkan China dan Peru, tetapi ia juga berfungsi sebagai penghubung dan jambatan yang menghubungkan kedua-dua negara.

Lebih 2,000 tahun dahulu, nenek moyang China belayar merentasi lautan berbahaya untuk mewujudkan Laluan Sutera Maritim yang menghubungkan Timur dan Barat. Lebih 500 tahun yang lalu, orang Inca di Peru menyeberangi gunung berceranggah untuk membina Laluan Inca melalui Pergunungan Andes.

Hari ini, Pelabuhan Chancay menjadi titik permulaan baharu Jejak Inca dalam era baharu. Jelas terpamer bahawa Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) yang dikemukakan China telah memberi manfaat kepada dunia yang boleh dilihat melalui pencapaian setakat ini dan peluangnya kelak.

Video

Berita Berkaitan