99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Peru Bersedia Perkasa Kerjasama Bilateral

(CRI)Jumaat 17 November 2023

Presiden China, Xi Jinping dan rakan sejawatnya dari Peru, Dina Boluarte telah mengadakan pertemuan di San Francisco pada pagi 16 November waktu tempatan.

Xi berkata, sejak terjalinnya hubungan diplomatik pada lebih 50 tahun yang lalu, China dan Peru saling memahami dan saling menyokong dalam isu-isu yang menjadi kepentingan dan keprihatinan bersama, kerjasama dua hala pula berkembang dengan stabil.

“Tahun ini menandakan ulang tahun sedekad terjalinnya perkongsian strategik komprehensif China-Peru. China menjadi rakan dagang terbesar bagi Peru, manakala Peru menjadi destinasi pelaburan kedua terbesar bagi China di Amerika Latin."

“Kerjasama kedua-dua negara dalam pembinaan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) berjalan lancar dan stabil. China bersedia mengimport lebih banyak produk pertanian yang berkualiti dan bercirikan Peru, dan menggalakkan perusahaan China mengambil bahagian dalam projek besar di Peru berdasarkan prinsip pasaran."

“Kedua-dua pihak juga diharap memperkasa kerjasama dalam bidang pendidikan, kebudayaan, pelancongan, sains dan teknologi serta pertukaran dalam kalangan golongan muda,” kata Xi.

Xi menambah China menyokong Peru mengadakan mesyuarat tidak rasmi pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) tahun 2024, selain bersedia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan dengan Peru untuk mendorong APEC membuahkan hasil baharu, sekali gus menyumbang kepada pemulihan ekonomi dan pembangunan jangka masa panjang di rantau Asia Pasifik serta pembentukan komuniti berkongsi nasib Asia Pasifik.

Boluarte pula menyatakan bahawa Peru berpegang kepada prinsip satu China dan bersedia dengan aktif menyertai pembinaan bersama BRI.

Video

Berita Berkaitan