99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pembinaan Komuniti Kongsi Masa Depan Malaysia-China Memuncak?- wawancara bersama PM Anwar Ibrahim

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 11 November 2024

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wawancara eksklusif People's Daily Online dalam rangka lawatan kerjanya di Shanghai, China pada 6 November 2024. (People's Daily Online/Liu Ning)

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima wawancara eksklusif People's Daily Online dalam rangka lawatan kerjanya di Shanghai, China pada 6 November 2024. (People's Daily Online/Liu Ning)

Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyatakan bahawa pembinaan komuniti berkongsi masa depan antara Malaysia dengan China kini mencapai kemuncaknya.

Ketika menerima wawancara eksklusif People's Daily Online semasa lawatan kerja di China, beliau berkata bahawa Malaysia bersedia untuk memperluas pertukaran dengan China seperti dalam bidang perdagangan, pelaburan, komunikasi, ekonomi digital, dan pendidikan, sambil memperdalam kerjasama yang saling menguntungkan.

Untuk rekod, lawatan Anwar ke China pada kali ini adalah antaranya untuk menghadiri Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE), dan Malaysia ialah salah satu negara tetamu kehormat untuk ekspo tersebut.

Mengulas mengenai ekspo itu, Anwar menyatakan penglibatan dalam CIIE memberikan peluang kepada syarikat Malaysia untuk menceburi pasaran China.

Beliau berkata, ekspo tersebut bukan sahaja mempaparkan pencapaian industri China sendiri, malah juga menawarkan ruang kepada syarikat dari negara membangun termasuk Malaysia untuk menjual dan mempromosikan produk masing-masing, sekali gus menjadi wadah baharu untuk syarikat meneroka kerjasama.

Tahun 2024 merupakan ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara China dengan Malaysia, juga Tahun Persahabatan China-Malaysia. Dalam rangka lawatan rasmi Anwar ke China pada Mac tahun lalu, pemimpin kedua-dua negara telah mencapai konsensus penting mengenai pembinaan komuniti berkongsi masa depan China-Malaysia, suatu perkembangan yang menyingkap lembaran baharu dalam sejarah ikatan bilateral.

Sehubungan dengan itu, Anwar yakin bahawa konsep pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama insan saranan China berlandaskan rasa saling hormat, titik pertemuannya cukup jelas dengan konsep Malaysia Madani yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia. Pembinaan komuniti bersama Malaysia dan China yang berkongsi masa depan telah memuncak dalam tempoh setahun lalu.

Sepanjang setengah abad ini, hubungan China dan Malaysia telah mengekalkan momentum perkembangan yang baik.

Di titik permulaan baharu dalam sejarah ini, Anwar menyifatkan kerjasama Malaysia-China meningkat secara menyeluruh dan strategik. Selain mahu melihat konsensus antara kedua-dua negara terus diperkukuh, Malaysia juga berhasrat untuk bersama-sama mencipta lagi peluang kerjasama.

Menyentuh usaha China menggalakkan keterbukaan dan mengejar pemodenan ala sendiri, Anwar menyanjung komitmen China, sambil menegaskan bahawa pencapaian China membuktikan sesebuah negara itu boleh merealisasikan pembangunan dengan mengekalkan identiti sendiri dan berkongsi hasilnya dengan dunia, justeru membawa pelbagai peluang baharu untuk pembangunan.

ASEAN juga memanfaatkan pengalaman dan kekuatan China, termasuk dari segi teknologi baharu, digital, tenaga hijau, kata Anwar, yang turut menyifatkan kerjasama seumpama sebagai membantu China, bahkan lebih membantu negara-negara ASEAN.

Ujar Perdana Menteri itu lagi, beliau akan memanfaatkan peranan Malaysia selaku negara penyelaras hubungan China-ASEAN dan juga pengerusi bergilir ASEAN tahun depan untuk memantapkan hubungan antara ASEAN dengan China, di samping bersama-sama dengan ASEAN untuk mengukuhkan sinergi dengan China antaranya dalam perdagangan, dan pelaburan.

Video

Berita Berkaitan