99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Malaysia Mahu Terokai Lagi Teknologi Baru Muncul di China: Menteri

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 30 September 2024

Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing, China selama tiga hari mulai 26 September 2024. (Foto ikhsan Komunikasi Malaysia)

Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil dalam rangka lawatan rasmi ke Beijing, China selama tiga hari mulai 26 September 2024. (Foto ikhsan Komunikasi Malaysia)

Menteri Komunikasi Malaysia, Fahmi Fadzil berpendapat bahawa banyak peluang di China yang perlu diterokai dan dimaanfaatkan oleh Malaysia, dengan menjadikan bidang penghasilan kandungan sebagai contoh yang boleh dibawa masuk ke China.

Jelas beliau, antara yang boleh diketengahkan dalam bidang penghasilan kandungan adalah mikro dan mini drama, usaha produksi bersama dalam penggambaran dan perfileman, serta beberapa teknologi komunikasi termasuk kecerdasan buatan (AI) dalam masa nyata.

“Saya nampak banyak peluang untuk dipelajari, amati, berkongsi pengalaman, dan kita ambil apa yang dirasakan sesuai dengan keadaan di Malaysia,” ujar Fahmi.

Beliau berkata demikian ketika menerima wawancara eksklusif People’s Daily Online di Beijing, ibu negara China, hari ini.

Dalam pada itu, Fahmi turut menyifatkan lawatan berkait aspek teknologi sebagai kunjungan paling menarik baginya sepanjang rangka lawatan kerja pertama beliau ke China sejak dilantik sebagai menteri pada Disember 2022.

“Saya lihat, aspek-aspek teknologi adalah antara yang paling menarik, kerana kita datang dengan mempunyai kefahaman tentang masalah yang kita (Malaysia) hadapi, dan ini mungkin antara penyelesaian yang boleh kita manfaatkan.

“Ada beberapa perkara yang saya lihat mereka boleh bantu syarikat-syarikat telekomunikasi di Malaysia, dan saya rasa ada beberapa teknologi baru muncul yang boleh kita terokai dan lihat kesesuaiannya untuk diguna pakai di Malaysia.

“Sebagai contoh, perjanjian usahasama antara Altel (Malaysia) dan Geespace (China) untuk membolehkan tempoh beberapa tahun akan datang teknologi terus ke telefon bimbit (direct to mobile), yang membolehkan adanya kesalinghubungan di kawasan-kawasan terpencil dan membantu rakyat malaysia mendapat internet di mana sahaja mereka berada,” katanya kepada People’s Daily Online.

Menjelang Hari Kebangsaan China yang ke-75 pada 1 Oktober, Menteri Komunikasi Malaysia itu turut menyampaikan ucapan tahniah buat negara China, selain turut menzahirkan harapan agar hubungan lebih erat dapat dijalinkan antara kedua-dua negara, sekali gus membuahkan hasil serta membantu dari segi kestabilan dan kemakmuran yang dapat dikecapi bersama.

Video

Berita Berkaitan