99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Hubungan Akrab Malaysia-China Hasil Pemikiran Yang Sama Pemimpin Kedua-dua Negara - Mohamad Hasan

(CRI)Jumaat 08 November 2024

Hubungan akrab antara Malaysia dan China adalah hasil daripada pemimpin kedua-dua negara yang berkongsi pemikiran sama.

Perkara itu dinyatakan Menteri Luar Malaysia, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ditemu bual oleh wartawan CGTN MALAY di Shanghai pada Rabu.

Beliau berkata konsep yang dibawa oleh Presiden Xi Jinping terhadap kesejahteraan sejagat adalah selari dengan aspirasi Kerajaan Madani di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mohamad Hasan berkata, Inisiatif Keselamatan Global, Inisiatif Pembangunan Global dan Inisiatif Peradaban Global yang dibentangkan oleh Presiden China Xi Jinping untuk membawa dunia ke arah lebih baik, amat dialu-alukan oleh Malaysia.

“Kita nak pastikan supaya dunia ini tenang semula, tidak bergelora. Bila politik dunia tidak bergelora, ekonomi dunia akan baik, maka semua orang akan merasai kebaikan daripada asas ekonomi tersebut. Malaysia amat menyokong dan suka cita terhadap seruan begitu,” kata beliau.

Menurutnya, persahabatan antara rakyat Malaysia dan China sejak zaman Kerajaan Melaka menjadi asas keakraban kedua-dua negara sehingga ke hari ini. Ujarnya, China merupakan rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut.

Tambahan pula dengan keadaan politik dan ekonomi dunia yang tidak menentu sekarang, Malaysia berusaha menjadi negara pilihan dan yang sesuai untuk pelabur dan pedagang dari seluruh dunia, terutamanya dari China.

“Kebaikannya mengeratkan lagi hubungan dengan negara China tidak lain tidak bukan adalah untuk negara kita dan kebaikan kepada negara itu adalah merupakan kebaikan untuk rakyat Malaysia seluruhnya,” tegas beliau.

Sementara itu ucapan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis perasmian Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) ke-7 di Shanghai telah menarik perhatian ramai apabila Perdana Menteri itu memetik pepatah China yang berbunyi “Pohon yang ditanam oleh generasi terdahulu akan memberi teduhan pada generasi akan datang”.

Selain itu, beliau menegaskan bahawa Malaysia dan China serta dunia patut bekerjasama untuk masa depan yang lebih baik.

Video

Berita Berkaitan