99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China, Indonesia Komited Perkukuh Kerjasama BRI

(CRI)Selasa 15 Oktober 2024

China sedia bekerjasama dengan Indonesia dalam memperkasa usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), memastikan operasi mampan kereta api berkelajuan tinggi Jakarta-Bandung serta mewujudkan lebih banyak peluang kerjasama demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Presiden China Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa perbualan telefon dengan rakan sejawatnya dari Indonesia Joko Widodo pada Isnin.

China dan Indonesia berjaya menyingkap lembaran baharu ke arah komuniti berkongsi nasib dan membangunkan landskap baharu kerjasama strategik segenap aspek, kata Xi sambil mengimbas kembali pertemuan bersama Jokowi sebanyak 12 kali sepanjang beliau memegang jawatan Presiden Indonesia selama 10 tahun.

Menurut Xi, China amat menghargai sumbangan penting dibuat Jokowi kepada persahabatan dua negara, dan yakin bahawa kerajaan baharu Indonesia akan meneruskan dasar muhibah terhadap China dan menggerakkan pembinaan komuniti berkongsi nasib sesama negara ke tahap lebih tinggi.

Tahun 2025 menandakan ulang tahun ke-70 Persidangan Bandung.

Xi turut menyatakan kesediaan China untuk bersama Indonesia dalam menjunjung Lima Prinsip Hidup Bersama Secara Damai serta Semangat Bandung, mengukuhkan perpaduan dan kerjasama di kalangan negara Selatan Global, serta menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran dan kestabilan rantau dan dunia.

Video

Berita Berkaitan