99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Indonesia Intai Teknologi Pertanian China, Mahu Capai Kerterjaminan Makanan

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 25 September 2024

Indonesia boleh mempelajari dari kemajuan pertanian China dalam usaha mencapai keterjaminan makanan tatkala dilanda cabaran seperti perubahan cuaca dan tanah boleh tanam yang terhad.

Demikian memetik ucapan Timbalan Menteri Pertanian Indonesia, Sudaryono lapor agensi berita Xinhua pada Ahad.

Beliau turut menekankan bahawa kejayaan China dalam menjamin makanan untuk penduduknya yang melebihi satu bilion merupakan hasil daripada penggunaan teknologi moden seperti data raya dan sokongan padu daripada pihak kerajaan untuk pertanian.

Lapor Xinhua, Sudaryono turut menyatakan bahawa kerjasama strategik dengan China bukan sahaja menambah baik produktiviti pertanian China, malah turut memperkuat kedudukan negara dalam rantai bekalan makanan global.

Difahamkan, selain pemindahan teknologi, kerjasama itu akan turut melibatkan perkongsian maklumat dalam pembangunan pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan, pengurusan sumber air, serta dasar bantuan untuk para petani

Pada masa sama Sudaryono turut memberi penekanan terhadap peranan yang dimainkan oleh kedua-dua sektor awam dan swasta dalam memastikan kemampanan keterjaminan makanan untuk penduduk Indonesia yang berpopulasi 270 juta.

Video

Berita Berkaitan