99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Mesyuarat Pegawai Kanan Mekanisme “2+2” China-Indonesia Diadakan

(CRI)Rabu 14 Ogos 2024

Mesyuarat Pegawai Kanan di bawah Mekanisme Dialog “2+2” (Menteri Luar + Menteri Pertahanan) China-Indonesia diadakan buat julung kali di sini pada Selasa.

Forum tersebut dipengerusikan bersama oleh Naib Menteri Luar China, Sun Weidong, Naib Pengarah Pejabat Kerjasama Antarabangsa Jawatankuasa Ketenteraan Pusat China, Zhang Baoqun, dan Ketua Pengarah Jabatan Asia Pasifik dan Afrika Kementeri Luar Indonesia, Abdul Kadir Jailani serta Ketua Setiausaha Jabatan Strategi Kementerian Pertahanan Indonesia, Brigjen TNI Oktheroe Ramsi.

Mereka berpendapat, mesyuarat pegawai kanan itu menandakan bermulanya mekanisme "2+2” antara kedua-dua negara secara rasmi, dan juga dilihat sebagai satu lonjakan baharu dalam memupuk rasa saling percaya dalam bidang strategi. Hubungan China-Indonesia yang sudah berada di paras tinggi akan terus berkembang ke arah yang strategik.

Dalam mesyuarat itu, pihak China memilih menghuraikan pendirian mengenai pelbagai kepentingan utama milik sendiri dan isu-isu teras seperti yang melibatkan Taiwan dan Laut China Selatan (LCS).

Sementara itu, Indonesia menyatakan negaranya konsisten dalam mengamalkan prinsip Satu China, dan bersedia menangani perselisihan melalui rundingan damai demi kedaimaian dan kestabilan di LCS.

Kedua-dua pihak juga menegaskan untuk menjunjung Lima Prinsip Hidup Bersama, menyemarakkan Semangat Bandung, bersama mengambil tindakan yang tulen dalam mempertahankan amalan multilateralisme, memelihara struktur serantau yang terbuka dan inklusif, dan menerajui pembaharuan dan pembinaan tabir urus global supaya dapat menyumbang kepada kedamaian, kestabilan, kerjasama dan pembangunan serantau dan dunia.

Isu-isu serantau dan antarabangsa yang menjadi keprihatinan bersama termasuk isu Palestin, juga dijadikan topik perbincangan.

Menurut wakil China, negaranya memegang kepada konsep keselamatan yang menekankan "bersama, komprehensif, kerjasama dan berterusan", dan bersedia bersama Indonesia meningkatkan komunikasi dan penyelarasan serta menambah dialog dan kerjasama untuk memelihara keadilan antarabangsa, berdasarkan pelaksanaan tiga Inisiatif Global, iaitu Inisiatif Pembangunan Global (GDI), Inisiatif Keselamatan Global (GSI) dan Inisiatif Peradaban Global (GCI).

Video

Berita Berkaitan