99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Orang Muda Nadi Baharu Pertanian China

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 10 Oktober 2024

Golongan muda di China makin menunjukkan minat yang ketara terhadap pertanian, satu perkembangan yang turut mengundang kedinamikan dan peluang baharu kepada pembangunan sektor tersebut serta kawasan luar bandar.

Khususnya, lulusan pendidikan tinggi dengan kepakaran tahap profesional dalam teknologi pertanian sedang memainkan peranan yang lebih penting dalam transformasi hijau sektor pertanian di serata negara.

“Delima organik dengan otot abs”

Foto menunjukkan pokok delima berusia 200 tahun di sebuah kebun delima purba di bandar Mengzi, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/He Xinwen)

Foto menunjukkan pokok delima berusia 200 tahun di sebuah kebun delima purba di bandar Mengzi, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/He Xinwen)

Hasil usaha pelajar dan profesor dari Universiti Pertanian China (CAU), bandar Mengzi di provinsi Yunnan, barat daya negara, yang telah lama terkenal kerana penanaman delima, telah menyaksikan pepohon delima lamanya hidup kembali dengan hembusan nafas baharu.

Meskipun tua, pepohon delima berusia seabad di bandar Mengzi masih lagi rimbun dan buah yang dihasilkan juga manis. Oleh sebab isinya tersusun seperti otot bahagian perut manusia, buah ini diberikan jolokan “delima dengan otot abs” oleh pelajar dan pengajar yang terlibat dalam program praktik dan bantuan pertanian Science and Technologi Backyard (STB).

Program STB ini membolehkan pelajar, profesor, dan juruteknik pertanian memanfaatkan sepenuhnya kepakaran mereka di barisan hadapan pengeluaran, agar menyumbang kepada pembangunan pertanian dan kawasan luar bandar, di samping menambah pendapatan petani.

Di bawah program tersebut, pelajar dan profesor dari CAU telah mengkaji teknik-teknik pemuliharaan pokok delima dan melancarkan projek penyelidikan pertama di China mengenai pengeluaran delima organik.

Ahli pasukan program praktik dan bantuan pertanian Science and Technology Backyard (STB) menjalankan penyelidikan di sebuah kebun delima purba di bandar Mengzi, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Zhang Yu)

Ahli pasukan program praktik dan bantuan pertanian Science and Technology Backyard (STB) menjalankan penyelidikan di sebuah kebun delima purba di bandar Mengzi, provinsi Yunnan, barat daya China. (Foto/Zhang Yu)

Dengan terlaksananya STB, penanam delima tempatan tidak lagi perlu bergantung pada racun perosak dan pengawal atur tumbesaran tumbuhan berasaskan kimia. Ini bukan sahaja memberikan nafas baharu kepada pepohon delima yang berusia seabad, malahan menjadikan buah delima yang dihasilkan bertambah sedap rasanya.

Melalui usaha sendiri, pasukan itu juga telah membangunkan sejenis bahan penarik yang lebih efisien untuk menangkap lalat buah spesies Bactrocera dorsalis. Keefisienan bahan baharu ini dilaporkan sehingga enam atau tujuh kali lebih tinggi daripada jenis biasa, sekali gus mengurangkan penggunaan racun perosak dengan signifikan dan menggalakkan pembangunan industri pertanian tempatan secara hijau dan mampan.

Baja kurang, limau abung madu lebih hijau dan manis

Satu lagi pasukan di bawah program STB, yang terdiri daripada lebih 30 pelajar dan pengajar dari Universiti Pertanian dan Perhutanan Fujian (FAFU), telah membuat sumbangan besar kepada kemajuan lestari industri limau abung madu di kaunti Pinghe, bandar Zhangzhou, provinsi Fujian, selatan China.

Seorang petani limau abung madu memeriksa pertumbuhan buah di sebuah kebun bersama para pelajar dari program praktik dan bantuan pertanian Science and Technology Backyard (STB) di kaunti Pinghe, provinsi Fujian, tenggara China. (Foto ihsan akaun WeChat STB di kaunti Pinghe)

Seorang petani limau abung madu memeriksa pertumbuhan buah di sebuah kebun bersama para pelajar dari program praktik dan bantuan pertanian Science and Technology Backyard (STB) di kaunti Pinghe, provinsi Fujian, tenggara China. (Foto ihsan akaun WeChat STB di kaunti Pinghe)

Pasukan berkenaan telah menginovasi satu set teknologi untuk menangani masalah pengasidan tanah dan membaiki ketidakseimbangan bekalan nutrisi di kebun-kebun limau abung tempatan.

Teknologi yang diperkenalkan terbukti berkesan sehingga mengurangkan sebanyak 60 peratus penggunaan baja oleh penanam limau abung di kaunti Pinghe, di samping meningkatkan hasil dan menjadikan buah lebih sedap lagi harum.

Pemuda alaf baru guna “stesen pintar” urus tanah ladang lebih 66 hektar

Wang Mingxin, pemuda yang lahir pasca tahun 2000, menguruskan tanah ladang seluas 1,000 mu atau kira-kira 66.67 hektar menggunakan “stesen pintar” yang mengaplikasikan teknologi-teknologi moden.

Anak kelahiran provinsi Henan ini mencipta sebuah sistem pemerolehan data automatik di ladang untuk mengetahui situasi makhluk perosak dan penyakit dengan mengkaji bilangan makhluk perosak yang dihapuskan setiap hari.

Satu lagi bahagian dalam “stesen pintar” tersebut, iaitu yang menjaga kelembapan tanah, mengatur pengairan mengikut data yang dikumpulkan oleh berbilang sensor yang dipasang di merata ladang.

Wang juga menggunakan dron peninjau untuk menghasilkan peta ladang. Kawasan-kawasan ladang diberikan warna-warna berlainan untuk mewakili tahap pertumbuhan yang berbeza, memudahkan lagi kerja-kerja pengurusan tanaman.

Dengan bantuan sistem pertanian pintar, daripada membajak dan menyemai hinggalah menyelenggara dan menuai, setiap peringkat dalam proses pengeluaran dikendalikan oleh mesin dengan cekap, membolehkan Wang menyelesaikan tugas-tugas seperti menyiram tanaman dan menghapuskan makhluk perosak dengan satu klik menerusi telefonnya.

“Saya petani, tapi saya tak lagi perlu membanting tulang di ladang dengan ‘muka ke tanah dan belakang ke langit’ macam petani zaman dulu. Saya komander dalam pertanian moden,” kata Wang.

“Telur yang luar biasa”

“Telur kami bukan telur biasa”, ujar Xie Rupeng, seorang usahawan muda yang mengendalikan ladang-ladang ternak di pekan Bajia, bandar Yangjiang, provinsi Guangdong, selatan China.

Berbekalkan ijazah sarjana pemakanan dan kebersihan makanan dari Universiti Nanchang di provinsi Jiangxi, Xie telah mempraktikkan kemahirannya untuk menceburi industri perladangan desa.

Dia mendapati, kulat atau fungus yang ditapaikan hingga dinding selnya pecah, ada manfaatnya. Jika ditambah kepada makanan ternakan, ayam telur dapat menyerap beta karotena di dalam kulat dan menghasilkan telur yang lebih berkhasiat yang rasanya juga lebih enak berbanding telur biasa.

(Foto ihsan akaun WeChat rasmi Liga Belia Komunis Guangdong)

(Foto ihsan akaun WeChat rasmi Liga Belia Komunis Guangdong)

Selepas pulang ke kampung halamannya untuk memulakan usaha niaga sendiri, Xie membuka lima ladang ternak di beberapa kampung di pekan Bajia dalam masa lapan tahun. Dia bukan sahaja memberikan peluang kepada penduduk tempatan untuk bekerja dekat dengan rumah mereka, tetapi juga mencipta produk istimewa tempatan yang boleh dibanggakan.

Dia menamakan keluarannya Xiaosheng Huadan, yang merujuk kepada dua watak utama Opera Peking, iaitu Xiaosheng (watak lelaki muda) dan Huadan (watak perempuan muda).

“Saya harap ayam yang dibela oleh orang China di rumah mereka sendiri dapat menjadi seikonik Opera Peking,” jelas Xie.

Video

Berita Berkaitan