99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Rancangan Realiti China Ubah Artis Jadi Usahawan Tani

Tatkala penonton di Barat sedang menanti-nantikan musim baharu rancangan Clarkson’s Farm, penonton di China pula sedang mengikut rapat aktiviti seharian di sebuah ladang di Hangzhou, di provinsi Zhejiang, timur China.

Ladang tersebut merupakan tempat penggambaran rancangan realiti Become a Farmer musim kedua, yang memfokuskan tentang pertanian untuk tontonan secara penstriman menerusi platform iQIYI.

Berbanding dokumentari British yang dibintangi oleh Jeremy Clarkson, iaitu penyampai dan wartawan terkenal, rancangan Become a Farmer pula mempertaruhkan 10 artis lelaki Gen-Z yang tidak terkenal.

10 individu kurang berpengalaman cucuk tanam, yang berusia 20 hingga 29 tahun itu memulakan perjalanan selama 190 hari untuk mendepani cuaca yang berubah-ubah, rumah-rumah usang dan haiwan liar untuk mendapatkan hasil daripada ladang dengan keluasan hampir 10 hektar.

Program yang pertama seumpamanya di China itu pada mulanya diragui dan dianggap sebagai pertunjukan mencari perhatian. Namun, tidak lama kemudian ia membuktikan yang sebaliknya kepada penonton.

Menerusi 50 dokumentari bertempo perlahan serta pelbagai vlog dan strim langsung, ia menayangkan usaha gigih kumpulan itu yang membajak, menggali parit, menyemai benih, membaja, membuat rumah hijau, membina semula asrama masing-masing dan banyak lagi. Ia menawarkan panorama kehidupan petani China dan melihat secara dekat selok-belok kerja ladang moden.

Adegan daripada Become a Farmer. (Foto/China Youth Daily)

Adegan daripada Become a Farmer. (Foto/China Youth Daily)

Usaha Buahkan Hasil

Sebagai pendahulu yang tidak dijangka-jangka dalam kalangan rancangan realiti di China, musim pertama rancangan itu berjaya meraih beberapa penghormatan, termasuk pencalonan untuk Rancangan Aneka Ragam Terbaik di Anugerah Magnolia Festival TV Shanghai ke-28.

Manakala di Douban, iaitu platform IMDb versi China, ia menyaksikan penarafan yang mengejutkan apabila meningkat kepada 9/10.

Ramai penonton, terutamanya golongan muda bandar yang terlalu jauh dari kampung nenek moyang masing-masing dan gaya hidup kampung menggelarnya sebagai program jujur yang mendedahkan kesusahan bercucuk tanam dan menawarkan gambaran tentang status quo industri pertanian China.

Malah, terdapat sejumlah besar penonton yang menyifatkan rancangan itu sebagai terapeutik, khususnya bagi mereka yang ketika ini melalui fasa ketidaktentuan dalam kehidupan, serta mereka yang sedang melawan kebimbangan dan tekanan di sekolah dan tempat kerja.

Utopia di skrin kecil seakan-akan menimbulkan semula kerinduan terhadap alam semula jadi dan persahabatan dalam kalangan penontonnya, yang biasanya kurang bersosial dalam kehidupan yang sibuk di bandar. Mereka memanggil peserta "rakan digital ku yang dikasihi" dalam komentar masa nyata yang muncul pada skrin.

Become a Farmer bukan sahaja dipuji kerana mempunyai nilai emosi yang sangat besar, tetapi ia juga kerana meningkatkan kesedaran orang ramai tentang pertanian negara dan mata pencarian petani.

"Saya berharap rancangan ini akan membolehkan lebih ramai orang memahami nilai pertanian serta kesusahan petani, dan seterusnya bersedia untuk membayar harga yang baik untuk produk pertanian berkualiti," memetik Profesor Madya Zhu Yi dari Universiti Pertanian China, dalam catatan Weibo beliau pada 23 Februari.

Beliau turut menzahirkan harapan agar pertanian boleh menjadi satu profesion yang membanggakan pada masa hadapan, dan belia yang meminati pertanian dapat menjalani kehidupan yang baik serta menyerlahkan bakat masing-masing tanpa perlu meninggalkan kampung halaman.

Adegan daripada Become a Farmer. (Foto/China Youth Daily)

Adegan daripada Become a Farmer. (Foto/China Youth Daily)

Dulu Artis, Kini Usahawan Tani Berpengaruh

Rancangan Become a Farmer musim kedua, kesemua 10 anak muda menanam cita-cita untuk menjadikan usaha pertanian masing-masing lebih besar dan lebih kukuh.

Menurut ketua pengarah rancangan itu Yang Changling, cita-cita para pemuda tersebut didorong oleh kemahiran dan teknologi masing-masing yang perolehi ketika melakukan lawatan sambil belajar ke pangkalan pertanian maju di provinsi Shandong, Hebei, Henan, dan Shanxi, serta wilayah autonomi Mongolia Dalam selepas tamat program musim pertama.

Keluasan ladang mereka meningkat tiga kali ganda kepada 30 hektar. Sebagai tambahan kepada gandum dan bunga ros yang ditanam oleh mereka pada tahun lalu, para pemuda tersebut menambah tanaman kontan, termasuk kangkung, biji serai, tulip, cili, dan strawberi, selain turut meluaskan kolam ikan dan mengusahakan ladang udang karang.

Adegan daripada Become a Farmer musim kedua. (Foto/Akaun Weibo Become a Farmer)

Adegan daripada Become a Farmer musim kedua. (Foto/Akaun Weibo Become a Farmer)

“Walaupun setiap daripada kami menghadapi pelbagai kesukaran ketika menjalankan perusahaan ladang, kami menyasarkan untuk mengendalikannya seperti usahawan sebenar,” kata Jiang Dunhao, 29, peserta paling senior.

Dia baru sahaja menuai bergelen-gelen madu mentah daripada lebah Itali yang dipeliharanya, dan bersedia untuk dinilai oleh makmal ujian makanan sebelum dijual.

"Kami akan mereka bentuk pembungkusan dan memastikan keselamatan makanan supaya produk kami boleh dijual kepada orang ramai dan bukan sekadar memberi kepada peminat kami dengan mengambil kesempatan daripada populariti rancangan itu," kata Jiang.

Dalam pada itu, berikutan populariti pertunjukan yang kian meningkat dan pengeluaran ladang yang masih terhad, sebarang hasil mereka setakat ini seperti bunga mawar, tulip, salad dan beras, laris dijual seperti pisang goreng panas, sehingga hampir tidak mencukupi untuk memenuhi permintaan peminat setia.

Sebagai contoh, pada tengah hari Khamis, beberapa minit selepas ladang mengeluarkan komoditi terbarunya iaitu sebungkus beras 500 gram yang memaparkan ilustrasi oleh Zhao Xiaotong, salah seorang peserta rancangan itu di kedai dalam platform blog mikro Sina Weibo, lebih daripada 26,000 bungkusan telah terjual.

Tanpa sekadar meraih kejayaan dan penajaan iklan yang semakin meningkat, penerbit dan peserta telah menyalurkan populariti rancangan itu untuk berkongsi kemakmuran dengan lebih ramai petani negara.

"Pada musim baharu, kami masih mempunyai semangat kerja keras yang sama, namun kami memiliki rasa bertanggungjawab dan misi sebagai petani baharu," kata Zhao Yibo yang juga salah seorang peserta.

“Tahun lalu, kami hanya menjual barangan dari ladang kami, tetapi tahun ini, kami juga mahu memanfaatkan pengaruh semasa kami untuk membantu mempromosikan pembangunan kampung dan petani,” tambahnya.

Seorang lagi peserta, Li Gengyun kini sedang menanam Erjingtiao, iaitu cili yang popular dalam masakan Sichuan. Mengusahakan resipi sos pedas, dia berazam untuk membantu meningkatkan pendapatan petani cili di kampung halamannya yang terletak di Chongqing di barat daya China.

Pada 12 Mac, kesemua 10 pemuda itu pergi ke provinsi Gansu di barat laut China sebelum Hari Menanam Pokok Kebangsaan. Di sana, mereka mengadakan jualan siaran langsung untuk membantu menjual hasil pertanian tempatan dan membeli 180,000 pokok saksaul. Mereka menghabiskan masa seminggu untuk menanamnya di tanah berpasir Gurun Tengger bersama penduduk kampung dan pelajar universiti pertanian.

Usaha murni mereka telah mendapat pujian meluas di media sosial, selain turut memberi inspirasi kepada ramai untuk menyertai mereka dalam menyumbang kepada usaha penanaman semula hutan negara.

"Matlamat yang paling kami mahu capai dan akan berusaha keras ke arah itu adalah untuk menjadikan lebih ramai orang memberi perhatian kepada pertanian dan membantu petani menjalani kehidupan yang lebih baik," kata Wu Han, penerbit rancangan itu.

Adegan daripada Become a Farmer musim kedua. (Foto/Akaun Weibo Become a Farmer)

Adegan daripada Become a Farmer musim kedua. (Foto/Akaun Weibo Become a Farmer)

Video

Berita Berkaitan