99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Jumlah Keluasan Tanah Ladang China Bertambah Tiga Tahun Berturut-turut

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 20 September 2024

Kementerian Sumber Asli China pada Khamis mengumumkan negara Tembok Besar itu berjaya menyaksikan peningkatan bersih dalam jumlah keluasan tanah ladang selama tiga tahun berturut-turut, lapor agensi berita Xinhua.

Naib Menterinya, Liu Guohong berkata bahawa jumlah keluasan tanah ladang negara telah berkembang sebanyak 1.17 juta hektar sejak 2021.

Menurutnya, usaha berterusan untuk memfokuskan tanah ladang sebagai talian hayat kepada pengeluaran bijirin serta menambah baik langkah dalam pelaksanaan reformasi dan mekanisme akauntabiliti mengenai perlindungan tanah ladang merupakan faktor kepada pencapaian signifikan itu.

Kata Liu, sistem pengedalian yang dinamik pada peringkat provinsi telah diwujudkan bagi memastikan jumlah keseluruhan tanah ladang kekal seimbang.

China terus mengutamakan keterjaminan bijirin untuk kegunaan 1.4 bilion rakyatnya meskipun hanya mempunyai sembilan peratus tanah suai tani daripada jumlah keseluruhan di dunia.

Untuk itu, pelbagai langkah diambil pada tahun-tahun mutakhir untuk menambah baik pengeluaran bijirin termasuk membina tanah ladang bertaraf tinggi dan mempromosi teknologi pertanian.

Lapor Xinhua, pada musim panas baru-baru ini, China berjaya mencatatkan peningkatan pengeluaran bijirin terbesar, didorong oleh hasil tuaian gandum yang luar biasa.

Video

Berita Berkaitan