99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Kereta Elektrik China Dapat Ribuan Tempahan Pada Pameran di Indonesia

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 30 Julai 2024

Pameran Auto Antarabangsa GAIKINDO 2024 berlansung di Bandar BSD, Indonesia pada 18 hingga 28 Julai lepas. (Xinhua/Xu Qin)

Pameran Auto Antarabangsa GAIKINDO 2024 berlansung di Bandar BSD, Indonesia pada 18 hingga 28 Julai lepas. (Xinhua/Xu Qin)

Pembuat kereta China, Wuling Motors berjaya mendapat 2,302 tempahan kenderaan semasa berlangsungnya Pameran Auto Antarabangsa GAIKINDO 2024 di Bandar BSD, Indonesia pada 18 hingga 28 Julai lepas.

“Ini bukti jelas keyakinan pengguna terhadap kualiti dan inovasi yang kami bawa selama tujuh tahun keberadaan kami di Indonesia,” ujar Pengurus Strategi Pemasaran Kanan Wuling Motors, Ricky Christian, pada Isnin.

Pada pameran itu, BinguoEV merupakan kenderaan terlaris yang menyumbang sebanyak 30 peratus daripada pesanan keseluruhan. Ia kemudiannya diikuti oleh Air EV dan Cloud EV yang masing-masing menyumbang sebanyak 26 peratus dan 23 peratus.

Untuk rekod, syarikat pembuat kenderaan itu kini mempunyai 150 pengedar di seluruh Indonesia.

Difahamkan, Persatuan Industri Automotif Indonesia melaporkan bahawa sejumlah 11,940 kenderaan elektrik dijual pada separuh pertama tahun ini, sekali gus menyaksikan kenaikan signifikan berbanding 5,849 unit yang dijual pada tempoh sama tahun 2023.

Video

Berita Berkaitan