- Lain-lain
Sesi Pemadanan Perniagaan B2B China-Malaysia Saksi Terjalinnya Kerjasama Import dan Eksport Durian
(Foto/gmw.cn)
Sesi Pemadanan Perniagaan B2B China-Malaysia 2024 membuka tirai pada Khamis lalu dan berlangsung serentak di Kuala Lumpur, Beijing dan Nanning selama dua hari, serta disertai lebih 300 syarikat Malaysia dan China.
Dalam upacara perasmian, Persatuan Pembangunan Industri Durian Antarabangsa Malaysia (MIDIDA) telah menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan SF Express (Malaysia), dan Guangxi Beibu Gulf Port Logistics bagi menambah baik pengangkutan produk pertanian.
Pada sesi tersebut, beberapa perjanjian mengenai perdagangan eksport dan import produk durian turut berjaya dimeterai.
Untuk rekod, sejak ia mula ditubuhkan, Program Sesi Pemadanan Perniagaan B2B Malaysia-China telah memberi perkhidmatan kepada ribuan syarikat dari China dan Malaysia.
Menurut statistik Matrade, Program Sesi Pemadanan Perniagaan B2B Malaysia-China pada 2023 menjayakan transaksi bernilai AS$1.68 bilion.
- Mengapa Pelajar Malaysia Pilih Universiti China?
- Malaysia Komited Promosi Pendidikan Secara Lebih Efisien pada CAECW Tahun Depan
- Tianjin Sambut Buah Nangka dari Malaysia
- MOTAC: Pelancong China Melonjak 1.9 Kali Ganda
- Malaysia Bakal Tambah Tren dari China secara Pajak
- China, Malaysia Kerjasama Percepat Transformasi Hijau
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- Armada Tentera Laut China Singgah di Malaysia
- Trip.com, Capital A, Kini Rakan Kongsi Strategik
- Kerjasama Pendidikan Kunci Kemakmuran Bersama