- Lain-lain
Malaysia Bakal Tambah Tren dari China secara Pajak
Memetik laporan Bernama pada Rabu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan bahawa kementeriannya akan menambah bilangan tren kendalian Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dengan kaedah pajakan melalui strategi pemerolehan aset tren penumpang.
Langkah tersebut adalah melalui mekanisme kerajaan dengan kerajaan (G2G) antara Malaysia dan China, bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan pengangkutan awam, kata beliau.
“Merujuk kepada keadaan semasa, bilangan tren dalam perkhidmatan yang boleh diharap secara keseluruhannya hanya 68 set.”
Katanya, mutu perkhidmatan rangkaian kereta api KTMB dibimbangi akan merosot tanpa penambahbaikan segera.
"Justeru, terdapat keperluan mendesak untuk menambah bilangan tren penumpang bagi setiap laluan perkhidmatan yang ditawarkan, di samping memastikan setiap tren penumpang sentiasa berada di dalam keadaan baik."
Menurut Loke, fasa pertama bermula dari 2024 hingga 2027 dengan sasaran menambah 62 set tren penumpang baharu dan anggaran kos mencecah RM10.7 bilion.
Beliau turut berkata, hampir 90 peratus tren penumpang dalam rangkaian perkhidmatan KTMB adalah buatan China Railway and Rolling Stock Corporations (CRRC), yang juga peneraju industri kereta api yang terkemuka dalam pasaran global baik dari segi teknologi mahupun hasil perniagaan.
(Foto/Xinhua)
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- China, Malaysia Kerjasama Percepat Transformasi Hijau
- Tren Buatan China Siap, Sedia untuk Operasi di Malaysia
- Armada Tentera Laut China Singgah di Malaysia
- Trip.com, Capital A, Kini Rakan Kongsi Strategik
- Kerjasama Pendidikan Kunci Kemakmuran Bersama
- China Eastern Rasmikan Penerbangan Kunming-KL
- PKS Malaysia Nanti Peluang pada CISMEF 2024
- Huawei, Edotco Perkenal Menara Kaca Gentian Pertama Bangladesh
- Mahasiswa dari Malaysia: Belajar di China, Peluang Berharga
- Promosi Pelabuhan Perdagangan Bebas Hainan Diadakan di KL