99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

China Galak Modenisasi Berteraskan Simbiosis Manusia, Alam Sekitar

(CRI)Rabu 19 Julai 2023

Presiden China, Xi Jinping menekankan peri pentingnya untuk menggalakkan pembangunan modenisasi yang berteraskan simbiosis antara manusia dengan alam sekitar dalam usaha membina 'China yang Indah'.

Beliau yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) itu menyifatkan lima tahun akan datang sebagai tempoh penting bagi pembinaan 'China yang Indah'.

“Pelbagai pihak perlu mengamalkan fahaman tamadun ekologi sosialisme bercirikan China pada era baharu, menegakkan konsep pembangunan China yang berpaksikan rakyat dan konsep Gunung Hijau dan Air Jernih Ibarat Gunung Emas dan Perak.

“Selain itu, pelbagai pihak juga perlu menyokong pembangunan berkualiti tinggi yang berdasarkan pewujudan persekitaran ekologi berkualiti tinggi,” kata Xi.

Beliau berkata demikian pada Persidangan Perlindungan Ekologi dan Alam Sekitar Kebangsaan yang melabuhkan tirainya pada Selasa.

Xi juga menyeru pelbagai pihak berusaha bersungguh-sungguh untuk menangani masalah pencemaran di negara ini.

“Usaha perlu dipercepatkan untuk mendorong transformasi pembangunan yang hijau dan rendah karbon, membentuk corak pengeluaran dan gaya hidup yang mesra alam, dan mencapai wawasan kemuncak pelepasan karbon dioksida dan status neutral karbon.

“Usaha juga diperlukan ke arah pembentukan sistem tenaga yang bersih, rendah karbon, selamat dan cekap serta sistem kuasa elektrik jenis baharu,” kata Xi.

Pada masa sama, Xi juga meminta semua pihak meningkatkan keupayaan dalam menjamin keselamatan minyak dan gas, menjaga keselamatan ekologi, nuklear dan radiasi.

"Ini adalah untuk memastikan persekitaran dan suasana semula jadi yang disifatkan sebagai asas bagi hidup dan pembangunan tidak terancam atau rosak," ujar Presiden itu.

Gaya Hidup

Berita Berkaitan