99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Xi Berbincang Bersama Presiden Republik Congo

(CRI)Jumaat 06 September 2024

Presiden China Xi Jinping mengadakan perbincangan dengan rakan sejawatnya dari Republik Congo Denis Sassou Nguesso yang berada di Beijing untuk menghadiri sidang kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) serta melakukan lawatan rasmi, pada Jumaat.

Xi berkata China sedia meningkatkan perkongsian pengalaman mengenai tadbir urus negara dengan Republik Congo, merapatkan pertukaran dalam semua bidang membabitkan segenap peringkat, sambil bersama-sama meneroka pendekatan pembangunan ke arah pemodenan.

Beliau menyatakan China menyokong Republik Congo membangunkan ekonomi yang pelbagai, di samping menggalakkan syarikat domestik mengambil bahagian dalam projek infrastruktur penting di republik itu serta projek ketersambungan serantau.

Selain mempergiat kerjasama dalam pertanian, ekonomi digital dan pembangunan hijau, China akan bersama Republik Congo memperkasa pertukaran sosiobudaya dan menggalakkan rakyat terus menyumbang kepada pengukuhan hubungan persahabatan dua negara.

Video

Berita Berkaitan