99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Sidang Kemuncak FOCAC 2024 Capai Kejayaan Sepenuhnya: Wang Yi

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 September 2024
Sidang Kemuncak FOCAC 2024 Capai Kejayaan Sepenuhnya: Wang Yi
Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso bertemu media pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Chen Yehua)

Menteri Luar China, Wang Yi menyifatkan Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) 2024 berjaya mencapai kejayaan secara sepenuhnya, lapor agensi berita Xinhua.

Ketika mengulas tentang hasil utama sidang kemuncak itu, beliau menyatakan bahawa hubungan dua hala antara China dan kesemua negara Afrika yang mempunyai hubungan diplomatik telah meningkat kepada fasa hubungan strategik.

Jelas Wang, pencirian keseluruhan hubungan China-Afrika telah ditingkatkan kepada komuniti China-Afrika tanpa mengenal situasi dengan masa depan bersama untuk era baharu.

Katanya, enam cadangan utama untuk memajukan pemodenan China-Afrika juga telah dikemukakan pada sidang tersebut, sambil memberitahu bahawa rangka tindakan untuk memajukan kerjasama China-Afrika telah digariskan, di samping pengumuman 10 tindakan perkongsian untuk pemodenan bagi memperdalam kerjasama China-Afrika untuk tiga tahun akan datang oleh Presiden China Xi Jinping.

Wang berkata, semasa sidang kemuncak itu, China dan Afrika bersetuju untuk menyokong satu sama lain dalam isu-isu berkaitan kepentingan teras masing-masing dan mengamalkan multilateralisme sebenar.

Beliau yang juga ahli Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China membuat kenyataan tersebut ketika bertemu media bersama-sama dengan rakan sejawatannya dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso.

Kedua-dua Fall dan Gakosso dalam satu kenyataan turut bersetuju bahawa kerjasama Afrika-China telah mengubah nasib Afrika, dan pastinya akan menjadi satu sejarah dalam model kerjasama antarabangsa.

Mereka sebulat suara menyatakan Afrika bersedia untuk bekerjasama dengan China dalam melaksanakan hasil dan capaian dua hala daripada sidang kemuncak itu, selain memperdalam persahabatan Afrika-China, serta merealisasikan berkongsi pembangunan dan kemakmuran bersama.

Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso bertemu media pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Ju Huanzhong)
Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso bertemu media pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Ju Huanzhong)
Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso bertemu media pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Ju Huanzhong)
Wartawan ‘beraksi’ pada sidang media yang dihadiri oleh Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Chen Yehua)
Foto para wartawan pada sidang media yang dihadiri oleh Menteri Luar China, Wang Yi bersama-sama dengan rakan sejawatan dari Senegal dan Republik Congo iaitu Yacine Fall dan Jean-Claude Gakosso pada 5 September 2024, di Beijing. (Xinhua/Pang Xinglei)

Video

Berita Berkaitan