99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Madagascar Alu-alu Pelaburan dari Syarikat China: Presiden Rajoelina

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Jumaat 06 September 2024
Madagascar Alu-alu Pelaburan dari Syarikat China: Presiden Rajoelina
Presiden Madagaskar, Andry Rajoelina menyampaikan ucaptama pada Sidang Meja Bulat Pembangunan Ekonomi China-Madagascar 2024. (People’s Daily Online/Weng Qiyu)

Presiden Madagascar, Andry Rajoelina berpendapat bahawa China mengalami perubahan yang cukup luar biasa pada beberapa dekad lalu, selain turut memberi inspirasi kepada semua pihak.

Beliau berkata, negaranya ketika ini berada dalam fasa transformasi, dan amat memerlukan rakan kongsi yang boleh dipercayai.

Justeru, Rajoelina menzahirkan harapan agar lebih banyak lagi syarikat China melabur di Madagascar, serta menjalinkan perkongsian dalam sektor tenaga, pertanian, perdagangan dan pelancongan yang menjadi keutamaan bagi negara di kepulauan Afrika itu.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptamanya semasa Sidang Meja Bulat Pembangunan Ekonomi China-Madagascar 2024 pada Khamis, di Beijing, ibu negara China yang turut dihadiri oleh Timbalan ketua editor People’s Daily China, Xu Lijing.

Difahamkan, sidang tersebut turut menyaksikan beberapa penjalinan kerjasama antara kedua-dua negara ditandatangani termasuk dalam bidang pembangunan zon ekonomi khas, sektor pelancongan, tenaga dan perlombongan, serta pemodenan pertanian.

Video

Berita Berkaitan