99精品视频在线观看直播,91精品不卡在线播放,中文无码日韩欧AV影视,另类综合一区二区

Pemandangan Indah Tasik Hulun di Mongolia Dalam

(Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Rabu 04 September 2024
Pemandangan Indah Tasik Hulun di Mongolia Dalam
Foto menunjukkan pemandangan Tasik Hulun di New Barag Right Banner, di bandar Hulun Buir, di Wilayah Autonomi Mongolia Dalam, utara China. (Foto/Xi Jiri)

Selepas merentasi padang rumput di New Barag Right Banner di bandar Hulun Buir, Wilayah Autonomi Mongolia Dalam China utara, akan munculnya pemandangan ombak biru Tasik Hulun nan gah.

"Tasik yang sebelum ini mengecil kini telah pulih dan mengekalkan kawasan seluas lebih 2,200 kilometer persegi," kata Pang Bo, ketua jabatan publisiti dan pendidikan penyelidikan saintifik di biro pengurusan Rizab Alam Semula Jadi Nasional Tasik Hulun.

Pada 2013, kerja-kerja pengurusan tasik yang sistematik telah dimulakan, dengan kerajaan tempatan melabur RMB5.8 bilion (kira-kira RM3.56 bilion) untuk melaksanakan 59 projek tadbir urus ekologi sepanjang dekad yang lalu.

Hasilnya, populasi spesies yang terkenal, termasuk angsa dan senduk Eurasia, telah bertambah secara konsisten di tasik, dengan keseluruhan sumber ikan telah melebihi 150,000 tan.

Tapak perlindungan Shuanmazhuang terletak di kawasan perairan dalam di pantai barat Tasik Hulun. Tasik yang dalam, tebing curam, bukit bukau dan padang rumput mencipta pemandangan yang menawan, menarik ramai pengunjung ke kawasan itu.

Video

Berita Berkaitan